Video Palestin : Tanggungjawab Kita

Assalamualaikum,

Jarang-jarang dipaparkan kepada kita situasi sebenar yang berlaku di Palestin. Yang ada cuma liputan-liputan pendek yang tidak menggambarkan keadaan sebenar kekejaman zionis.

Bukan sahaja kekejaman, bahkan terpapar juga kebodohan. Seorang perempuan tua dikejar dan dipukul ibarat seorang pemuda yang sedang melawan dan bersenjata. Apa rasionalnya?

Ramai yang menuding jari pada orang itu dan orang ini, negara itu dan negara ini… mengapa mereka masih tidak melakukan apa-apa untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Sedangkan jumlah mereka ramai! Andai dijatuhkan sahaja tubuh-tubuh mereka dari langit, nescaya mati lemaslah semua zionis di tanah Palestin itu.

Tapi kita terlupa…

Tanggungjawab sebenar membela mak, ayah, adik, kakak dan abang kita di sana ialah diri kita sendiri. Bukannya orang lain.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri – Riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

“Perumpaan orang mukmin dari sudut kasih sayang dan lemah lembut mereka ibarat satu jasad (tubuh badan), bila salah satu anggota mengadu sakit, maka seluruh anggota lain berjaga dan merasai kesakitannya” – Riwayat Ahmad Muslim

“Barangsiapa pada pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka.” – Riwayat Al-Hakim

Sejauh mana kita terkesan dengan kata-kata Nabi tentang hal ini?

Urusan kita setiap hari, adakah berkait dengan apa yang diperkatakan oleh maksud hadis ini? Atau setiap hari, kita bekerja dan terus bekerja hanya untuk mengenyangkan perut ahli keluarga kita? Fikiran kita hanya berpusat kepada diri dan keluarga kita sendiri?

Kemudian kita mengaku kita beriman? Kemudian di akhirat nanti, kita menuntut syurga kepada ALLAH di hadapan jutaan umat islam yang tidak dibela oleh kita?

Kemudian apabila timbangan amal baik dan amal buruk kita setara, kita mengaku kita adalah umat Nabi dan meminta diberi bantuan syafaat di hadapan umat Nabi yang dirogol dan dibunuh hidup-hidup di Palestin, Iraq, Afghanistan?

Masih banyak muhasabah yang perlu kita lakukan terhadap amal kita.

AH
25 Februari 2010, 8.00 pagi
Somewhere in France

0 Responses to “Video Palestin : Tanggungjawab Kita”


  • No Comments

Leave a Reply