Tsabat – Istimrar Dan Istiqamah Sehingga Bertemu ALLAH

Assalamualaikum,

Kita hanya mampu berdoa, memohon kepada-Nya dikurniakan tsabat. Di dunia, tiada siapa yang boleh menggelarkan dirinya masih tsabat. Kerana tsabat berbeza dengan istiqamah. Tsabat ialah kita masih berada di jalan ini sehinggalah kita bertemu ALLAH.

Seperti kata seorang syeikh…

Tsabat yang saya maksudkan ialah al-akh mestilah beramal dan berjihad untuk mencapai matlamat, sekalipun matlamat tersebut masih terlalu jauh dan memakan masa bertahun-tahun sehinggalah al-akh menemui ALLAH dalam keadaan beramal dan berjihad. Dengan itu al-akh telah mendapat salah satu dari dua kebaikan: sama ada berjaya mencapai matlamat tersebut ataupun mati syahid pada akhir hayat.

Hari ini, seorang lagi saudara kita di Palestin diseksa sehingga mati di dalam penjara zionis.

Memang menarik. Masih mampu bertahan walaupun jasad dibantai sehingga sudah lagi tidak berfungsi. Dilaporkan, sejak tahun 1967…

  • 70 tawanan diseksa sampai mati di dalam penjara zionis.
  • 70 tawanan dibunuh dengan sengaja.
  • 52 tawanan dibiarkan sakit sehingga mati begitu sahaja.
  • 7 tawanan mati ditembak.

Tabik pada mereka yang masih istiqamah walaupun diseksa dengan teruk secara fizikal dan mental. Antara kita pun, dalam melalui liku-liku di jalan dakwah, ramai yang tidak mampu bertahan kerana beberapa masalah kecil, jika dibandingkan dengan masalah saudara-saudara kita di sana.

Orang yang sudah syahid… pastinya mereka bergembira memperoleh nikmat yang abadi di sana. Direct pulak tuh. Tak macam orang yang mati, kemudian terpaksa masuk ke alam kubur dan menunggu dengan gementar masanya untuk dihisab di padang Mahsyar nanti.

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki. – Ali Imran, ayat 169

Mereka yang sudah syahid, bergembira melihat kita yang masih istiqamah. Gembira melihat sahabat seperjuangannya akan memperoleh apa yang telah diperoleh olehnya di depan matanya sekarang.

mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. – Ali Imran, ayat 170

HuHu bestnya… bagi mereka yang betul-betul memahami hakikat ini. Seperti SQ yang memilih untuk syahid dengan gembiranya, walaupun diberi pilihan untuk hidup oleh Jamel Abdul Naser.

AH
11 Jun 2010, 7.41 pagi
Nice, France

0 Responses to “Tsabat – Istimrar Dan Istiqamah Sehingga Bertemu ALLAH”


  • No Comments

Leave a Reply