Tentangku

“Demi Allah! Dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai ke mana sekiranya kita hanya memberikan sisa-sisa hidup kita untuknya, dan selagi kita belum melupai tentang diri dan makan minum kita!”

Da’ie itu lupa dirinya. Dia tidak nampak kecuali mad’unya. Perkataannya hanya memberi kebaikan pada mad’unya. Dunia da’ie adalah luas tanpa had, tanpa perniagaan, tiada keinginan sendiri dan mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam dunianya. Yang ada di dalam dunia hanyalah para mad’u yang didakwahinya.

Itulah perniagaannya, keseronokan dan pangkatnya.

Dia seolah-olah manusia tanpa nafsu, tanpa keinginan dan tanpa keseronokan dunia. Dia lupa makan minum pakaiannya. Bahkan lupa dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah swt. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah (mad’unya).

Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada qada’ Allah swt.

1 Response to “Tentangku”


Leave a Reply