Takwin Centric

Assalamualaikum,

Kita adalah golongan yang bekerja. Bukan hanya sekadar mentabligh, tetapi mentaghyir. Taghyir tidak akan berlaku tanpa kita sendiri mempunyai mindset “takwin centric”.

Kerana taghyir hanya dapat dilakukan oleh manusia-manusia hebat yang mendukung fikrah. Iaitu mereka yang mengikut manhaj yang berkesan dan selaras, serta sentiasa bersiap sedia untuk menyusun dan disusun.

Sehingga setiap dari kita akhirnya menjadi tentera fikrah dan aqidah.

Taghyir tidak mampu dilakukan oleh mereka yang berada di luar gelanggang, sekadar menonton dan bertepuk sorak memberi semangat.


Takwin Centric – tujuan, manhaj, qiyadah, junud, disusun, menyusun

Hadaf UTAMA takrif ialah takwin.

Rasulullah sendiri ditakwin dan mentakwin. Salah satu produk takwin Rasulullah ialah Bilal itu sendiri. Lihat bagaimana Rasulullah mentakwin Bilal dari seorang hamba sehingga menjadi manusia hebat dan mampu memikul jawatan gabenor kerajaan islam pada waktu itu.

Ada antara kita yang hanya bekerja dengan mindset “dakwah centric”. Lalu wujudlah golongan yang kecundang selepas mendirikan rumah tangga kerana menganggap mendidik anak, isteri dan ahli keluarga sahaja sudah dikira memenuhi tuntutan KITA.

Begitu juga dengan ikhwah dan akhawat yang masuk ke alam pekerjaan dan menganggap infaq bulanan sudah memenuhi keperluan KITA. Terus meninggalkan kerja-kerja mentakwin.

Dakwah centric tidak mencukupi kerana ia nya masih kabur. Kita perlukan kita yang takwin centric!

UA tidak akan tercapai jika kita masih sekadar menjadi penghibur kepada masyarakat. Memberi apa yang mereka mahukan dan menghiburkan mereka dengan apa yang mereka ingin dengari. UA hanya akan tercapai melalui proses takwin – pembinaan bertahap.

Kita kekurangan tenaga taujih tarbawi yang mampu mentakwin dengan baik. Kita juga kekurangan ikhwah dan akhawat yang takwin centric!

Kita yang mampu mencetak tenaga-tenaga takwin yang baru.
Kita yang mampu menghasilkan modul-modul takwin.

Kita yang mampu menulis artikel-artikel takwin.
Kita yang mampu menghasilkan video-video takwin.
Kita yang mampu menghasilkan nasyid-nasyid takwin.

Kita yang memikirkan cara mentakwin dengan segala jenis uslub tajmik.
Kita yang memusatkan fikiran dan tenaga untuk amal-amal takwin yang muntij.
Kita yang mampu mentakwin masyarakat dan memasyarakatkan takwin.

Aku menganggap takwin sebagai proses men-seribu-kan diri. Maksudku, setiap produk yang ditakwin itu sama seperti seribu orang. Itulah yang diyakini Khalid Al-Walid ketika tenteranya hanya berjumlah 3000 orang dan beliau hanya meminta 500 orang sahaja askar tambahan dari Umar Al-Khatab untuk berhadapan dengan 100 000 tentera musuh.

Dan seorang mujaddid pula pernah begitu optimis dengan kualiti dan hasil-hasil yang bakal dijana oleh produk takwin dengan berkata…

“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.

Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..”

Pernahkah kita terfikir mengapa Rasulullah sanggup menghabiskan lebih dari separuh usia dakwahnya (13 tahun) di Mekah hanya dengan 313 orang semata-mata untuk proses takwin yang intensif?

AH
27 Januari 2010, 1.56 pagi
Nice, France

0 Responses to “Takwin Centric”


  • No Comments

Leave a Reply