Tag Archive for 'syria'

HuHu Tak Boleh Tidur..

Assalamualaikum,

Terfikir nasib umat yang sedang diserang di sana sini..

Gaza, Syria, Rohingya, Iraq, etc
Semuanya sedang diserang secara fizikal

Tempat-tempat lain yang aman diserang secara mental
Saling bergaduh sesama muslim walaupun musuh dah lancarkan serangan bertali arus

Tapi kita yakin keadaan sekarang sudah jauh lagi baik
Dakwah yang diasaskan suatu ketika dulu telah berkembang di pelbagai pelusuk
Di Gaza, ikhwah akhawat yang telah siap dengan tarbiyah yang rapi sanggup menghadapi apa saja kemungkinan

Pengorbanan tanpa memikirkan habuan dan nasib dunia..
Setiap tubuh yang faham erti jihad mencari-cari medan muntij untuk kemenangan
Sama ada beroleh kemenangan di dunia atau syahid untuk beroleh syurga

Terbayang betapa sedihnya ikhwan sewaktu melihat keadaan umat yang sangat tenat
Sewaktu dakwah berada dalam keadaan sangat asing suatu ketika dulu

Umat sibuk bertikam lidah sesama sendiri dan bercakaran tentang hal-hal khilaf
Ilmuwan-ilmuwan pula tenggelam dalam ilmunya dan berdiam diri
Pemimpin-pemimpin semuanya diktator dan boneka musuh

Jom ikhwah wa akhawat…

Kita sama-sama tingkatkan amal kita
Baiki diri kita
Buang jahiliyah yang menghalang diri kita untuk berbakti sepenuhnya untuk islam
Tingkatkan lagi bacaan kita, kembangkan lagi potensi kita

Tambah lagi pengorbanan kita
Fikiran kita, tenaga kita, masa kita… habis-habisan untuk dakwah

Sama-sama kita manfaatkan peristiwa ini untuk menguatkan aqidah binaan kita
Gerakkan masyarakat untuk sedar dan bangkit
Tunjukkan mereka toriq amal dan bantulah mereka dengan lemah lembut sewaktu penyampaian atau ajakan kita

Bukannya dengan kemarahan atau nada perli dengan sikap-sikap mereka
Sesungguhnya mereka adalah mad’u kita yang menjadi mangsa serangan pemikiran musuh.¬†Andai mereka faham seperti mana yang kita faham, pasti tindakan dan percakapan mereka berubah
Dan sesungguhnya mereka adalah saudara seislam kita yang amat kita sayangi

Jom ikhwah wa akhawat…

Merasai betapa kita seharusnya menjadi sekuat ikhwah akhawat kita di Gaza
Mereka merasai betapa kecilnya dan remehnya kehidupan dunia
Sehingga sanggup menyerahkan segala-galanya untuk islam
Islam yang kita cintai lebih dari segala-galanya..

Selamat beramal…
Kerana kerja kita masih banyak…

AH
19 November 2012, 1.01 pagi
Somewhere in France