Tag Archive for 'Qaedah Sulbah'

Qaedah Sulbah Ekonomi

Assalamualaikum,

Aku terbaca statistik ini di suatu blog :

1) <5% dari orang melayu islam berniaga

2) Dalam 5% itu, 80% adalah peniaga pasar malam, peruncit, pengusaha restoran, peniaga gerai, peniaga buah dan lain-lain seumpama dengannya.

3) Melayu islam hanya terlibat sebanyak <15% dalam IKS.

Bukan sesuatu yang baru bagiku. Aku juga merasakan ini juga bukan sesuatu yang baru bagi kita semua, orang islam di Malaysia yang berstatus melayu bumiputera.

Semua orang telah mengetahuinya. Ada juga yang telah mengambil langkah untuk mengatasi kekurangan ini.

MARA
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Skim pinjaman
Pelbagai kemudahan khusus
Seminar- seminar percuma
Seminar berbayar
Sistem mentor-mentee
Dan macam-macam lagi…

Tapi mengapa angka ini tidak jauh berganjak ke hadapan?
Mengapa saban masa, kita mengulangi statistik dan komplen yang sama?

Ikhwah akhawat seharusnya mengambil peluang ini.
Fiqh dakwah yang sama kita gunapakai di medan yang baru.

Seperti mana kita mampu mentarbiyah manusia yang sarat dengan jahiliyah, sehingga melahirkan manusia yang gilakan dakwah… begitulah juga kita juga mampu mentarbiyah manusia yang hidup menjadi hamba tauke-tauke besar sehingga mampu menjadi penentu UTAMA ekonomi Malaysia dan dunia satu hari nanti.

Cabaran tetap ada.
Lagi-lagi perkara baru yang kelihatan masih samar-samar pada pandangan KITA.

Orang yang hebat dalam dakwahnya dan hebat juga dalam bisnesnya.
Masanya fleksibel.
Infaqnya bila-bila masa apabila dakwah memerlukan.
Dia yang membentuk suasana ekonomi baru ke arah islam.
Dakwah ini mandiri dan bergerak secara profesional tanpa bantuan luar.

Fathullah Gulen telah mengasaskannya di Turki.
Aku memilih untuk melalui jalan ini walaupun penuh dengan rintangan.

Siapakah yang ingin bersama-sama melakukan “bidaah” ini di saat semua orang mengikut mainstream sedia ada – bekerja makan gaji dan masanya disusun habis-habisan oleh majikannya?

Siapakah yang ingin menjadi as sabiqun al awwalun dalam perkara ini? …menjadikan perkara ini mainstream pada suatu masa nanti.

QS ekonomi… satu impian yang pasti!

AH
19  Julai 2013, 6.24 petang
Somewhere in France

Qaedah Sulbah : اَلتَّرْبِيَّةُ الْحَرَكِيَّةُ

Assalamualaikum,

Di banyak tempat, kita melihat wujudnya seorang rijal hebat yang mampu membuka medan-medan baru. Biarpun jika dilihat dari aspek lahiriyyah, banyak perkara yang menjadi penghalang kepada kerja-kerjanya.

Namun segalanya masih boleh dilakukan dan terlaksana. Tajmik yang meluas, proses takwin yang berterusan. Tarbiyah pun hidup di bumi yang sebelum ini kontang.

Dan inilah seni. Seni dalam dakwah. Ada orang memanggilnya fiqh dakwah atau fiqh haraki. Yang pastinya,mereka yang tidak menghayati dan memikirkan setiap perjalanannya dalam tarbiyah, tidak akan dapat menafsirkan dan menterjemahkannya.

Apatah lagi mereka yang memerhati dari luar, pasti akan mengatakan “Ini adalah dakwah untuk golongan eksklusif. Hanya memilih orang yang dah sedia baik dan menghimpunkan mereka di program-program menarik dan menyeronokkan hati-hati mereka”. HaHa.

Apapun, biarlah mereka yang berkata akan terus berkata. Kerana realiti selalunya tidak seperti apa yang dikata. Kebenaran pasti akan terungkap apabila yang berkata turun bertarung di medan amal.

Selalunya, da’i yang tercampak di suatu medan baru akan terasa asing. Arus jahiliyyah yang kuat di sekitarnya mengganggu pemikirannya. Mungkin juga amal fardi dan pergerakannya.

Di kiri dan kanan, mad’u terlalu ramai. Tak tahu mana yang perlu didahulukan. Dikejar yang itu, terlepas yang ini. Dikejar yang ini, yang sana merintih minta diselamatkan.

Akhirnya dakwah tidak fokus. Akibat yang seorang cuba menyelamatkan yang semua. Dan juga mungkin yang seorang cuba menghiburkan hati kesemuanya!

Fiqh dakwah pada fasa taksis tidak sama dengan fasa yang selepasnya.

Da’i harus pandai memilih. Kerana yang dipilih adalah orang yang bakal memikul beban yang berat.

Qaedah sulbah…

Individu-individu yang paling berpotensi / anasir taghyir di suatu tempat. Kualiti keseluruhannya akan mempercepatkan proses taksis di medan tersebut.

Kita sudah tidak ada masa menunggu mereka yang gemar beralasan dan bermasalah kerana tuntutan medan kita yang menuntut kita melakukan perubahan dengan segera pada ketika itu.

Dan inilah yang diungkapkan di dalam buku ‘Dakwah For Dummies‘ by Abu Ammar :

Begitulah… siri-siri buku ini ditulis khusus untuk para du’at Islam. Mereka yang bersolat dan merasa izzah dengan agama mereka. Yang berakhlak dengan akhlak mukminin. Ia bukan untuk orang yang lalai, apalagi yang menyeleweng dari Islam.

Ini adalah kerana untuk menyelesaikan masalah dunia Islam hari ini, sebenarnya tidak perlu kepada berpindahnya lebih ramai orang yang lalai dan  menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam.

Tetapi apa yang lebih diperlukan dari itu ialah menyedarkan dengan cepat mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam. Membangkitkan himmah mereka dan memperkenalkan kepada mereka toriq amal dan fiqh da’wah.

Sebenarnya masih terdapat ramai saki baki mukmin yang bilangan mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang kita ingin capai dan cita-citakan, tetapi dengan syarat mereka mengenali erti tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), merasai kecil dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah, sabar menghadapi mihnah dan mahir seni memimpin ummat.

Huraian praktikalnya mungkin begini…

1. Memilih individu yang terbaik dari sudut izzah kepada islam, ibadat, akhlak dan kesedaran terhadap realiti ummat.

2. Lakukan pemilihan yang ketat. Sangat ketat!

3. Fokus! Masa kita akan dihabiskan dengan individu ini sebanyak mungkin. Proses takwin yang intensif.

4. Berikan medan amal. Jika mereka tidak menguasai seni tajmik, tajmikkan untuk mereka apabila sudah tiba masanya. LoL!

5. Bantu dan bimbing. Perkuatkan asas.

6. Tambah lagi medan amal. Takwin yang intensif akan menambahkan kefahaman. Kefahaman yang tidak disalurkan ke medan amal ibarat air yang bertakung. Akan busuk apabila tiba masanya.

Sampai satu masa, apabila qaedah sulbah telah terbentuk, masyarakat sekitar akan merasai hasilnya. Tajmik yang meluas akan terlaksana. Selari dengan itu, proses takwin akan berlangsung dengan lebih pesat.

Pada ketika itu, mereka yang mengatakan kita adalah “ekslusif” sebelumnya akan memahami toriqul amal yang telah kita pilih. Mereka akan turut merasai dan mensyukuri nikmatnya. Dakwah akan tersebar luas dan biah islami akan terbentuk.

Lama-kelamaan, prasarana akan dibangunkan dan jumlah kita makin bertambah.  Akan wujud golongan yang tertipu dan merasa selesa dengan bilangan kita yang majoriti dan ramai. Dan pada ketika itu, kita akan ke fasa jahriyyah.

Fasa yang akan menggoncang dan menguji siapakah qaedah sulbah yang sebenarnya. Mereka yang terus istiqamah dalam menghadapi ujian, fitnah dan mehnah akan terus beriman kuat dengan fikrah dan aqidah ini.

Terus berjuang… walaupun ramai yang akan meninggalkan kita setelah mereka bersama-sama kita sebelum ini.

Merekalah mujahid dan mujahidah sejati. Walaupun akan terasa susah dan sedih melihat teman seperjuangan sebelum ini sudah berpaling dan jauh meninggalkan mereka di medan-medan dakwah.

Namun qaedah sulbah akan terus meyakini dan bertekad dengan cita-cita menggapai ustaziyatul alam di muka bumi ini! Sebagaimana yakinnya Abu Bakar untuk mengangkat islam ke serata dunia dalam keadaan terpaksa memerangi golongan murtad dan nabi palsu setelah wafatnya Nabi.

WoW, tidak tergambar betapa tingginya kepercayaan dan semangat Abu Bakar… di saat melihat kebanyakan orang islam yang selama ini bersama-sama nabi tiba-tiba sahaja murtad setelah kewafatan baginda!

Sudahlah ramai yang murtad, yang masih bersama dengannya pula sudah mula takut dan lemah semangat untuk menghadapi golongan tersebut. Namun Abu Bakar bertekad untuk menggempur musuh walaupun terpaksa bertempur keseorangan.

Akhirnya Abu Bakar mengarahkan pasukan Usamah bin Zaid ke arah Palestin dan Syam. Pada usia 61 tahun, beliau sendiri memimpin tentera menggempur Tulaiha (nabi palsu). Operasi ketenteraannya berjaya.

Setelah itu, Abu Bakar membentuk 11 regu untuk menaklukkan kabilah-kabilah yang menolak membayar zakat dari Tihama di Laut Merah, Hadramaut di ujung Lautan Hindi, sampai ke Oman, Bahrain, Yamama hingga Kuwait di Teluk Parsi!

Seterusnya Abu Bakar menggempur pasukan Musailamah (nabi palsu) yang memiliki 40 ribu pasukan. Tentera dari Madinah hampir kalah di awal-awalnya. Berkat kecerdikan Khalid Al-Walid, mereka memukul balik lawan. Musailamah tewas.

Islam menggempur DUA kuasa dunia serentak

Pasukan Khalid kemudian bergerak ke Utara, menuju lembah Iraq yang saat itu dikuasai empayar Parsi. Tentera islam yang sedikit pada waktu itu berjaya mengalahkan 70 ribu tentera empayar Parsi di Allias. Jadilah seluruh wilayah Iraq di dalam wilayah kekhalifahan Abu Bakar.

Tak cukup dengan itu…

Setelah itu, Abu Bakar menghantar 24.000 pasukan ke arah Syria, di bawah pemantauan empat panglima perang. Mereka bersiap menghadapi 240.000 pasukan Rom – kekuatan terbesar di dunia pada masa itu!

Hasilnya… ?

Hasil QS : Empayar Parsi dan Rom di dalam wilayah islam

Siapa sangka, Madinah yang begitu kecil, berkuasa dan berkeupayaan menyerang dua empayar sekaligus? Inilah sejarah kejayaan, kekuatan dan kegemilangan islam yang telah terbukti dan disembunyikan.

Ingin ku ingatkan pada kita semua, jangan tertipu dengan jumlah kita yang semakin ramai. Sebaliknya marilah kita diam sebentar dan merenung… siapakah sebenarnya yang sentiasa bekerja dan berada di saf-saf hadapan ketika dakwah menuntutnya melakukan sesuatu? Berapa ramai jumlahnya? Pastinya terlalu sedikit berbanding jumlah yang kita catatkan di dalam pemantauan kita.

Kisah di zaman Khalifah Abu Bakar adalah salah satu dari banyak peristiwa yang membuktikan kualiti SENTIASA mengatasi kuantiti.

Bentuklah qaedah sulbah – mujahid dan mujahidah yang akan mengubah dunia ini. Yang akan menyelusup ke setiap medan, menghijaukan bumi kontang dengan benih-benih tarbiyah.

Usah gusar dengan jumlah, kerana jumlah qaedah sulbah yang diperlukan untuk menggegarkan dunia ini tidak ramai. Kerana seringkali, kualitinya yang meramaikan jumlah tersebut.

Sebagaimana sirah telah membuktikan slogan – 3% : We Rock The World!

“Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah?…..” – Al Baqarah, ayat 138

AH
4 Mei 2010, 2.13 petang
Nice, France