Tag Archive for 'Penerimaan Yang Membuahkan Amal'

Penerimaan Yang Membuahkan Amal

Assalamualaikum,

Di dalam Al-Quran, banyak sekali ayat yang menuntut kita beramal. Bukan sekadar faham lalu wujud insaf, selepas itu kembali seperti sediakala.

Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik. –  Al-Israk : 19

Setiap kehendak itu harus disusuli dengan usaha (amal).

Betapa banyak seruan kita setiap hari, sedang kita sendiri tidak melakukan apa yang kita katakan.

Kaedah menerima perlu diubah.

Bukan banyak mana yang kita terima yang menjadi isu utama. Sebaliknya berapa banyak yang kita amalkan.

Kita tidak dihisab dengan berapa banyaknya ilmu kita. Tetapi berapa banyaknya amal kita.

Anehnya kita…

Yang dirisaukan selalunya akan kurangnya ilmu, bukan kurangnya amal.

Lemahnya generasi ini adalah akibat tingginya kehendak ingin menerima tetapi rendahnya keinginan untuk beramal.

Sedangkan ilmunya sudah cukup untuk membuahkan amal yang dahsyat!

AH
19 Julai 2009, 8.28 petang
Nice, France