Tag Archive for 'khalid al walid'

Perang Yarmuk (معركه اليرموك)

Assalamualaikum,

Diketuai oleh Khalid Al Walid.
Menjatuhkan Rom dalam masa yang singkat.
Dengan hanya 40 000 tentera yang berdepan dengan 400 000 ribu tentera Rom.

AH
3 Mei 2012, 12.24 malam
Somewhere in France

Pegangkan Kami Panji-Panji Ini

Assalamualaikum,

Di dalam peperangan dahulu kala, panjilah perkara terpenting untuk menyatakan menang atau kalah sesuatu pihak yang bertempur.

Pada awalnya, si pemegang panji akan keluar ke medan dengan penuh bertenaga, tubuh yang masih sempurna, semangat yang kental dan keimanan yang mendalam terhadap kemenangan di akhir pertempuran.

Disebabkan panji adalah sasaran utama musuh, maka pemegang panji menanggung risiko yang lebih berbanding pasukan tentera yang lain. Musuh akan terus menyerang panji-panji untuk memastikan semuanya jatuh rebah ke tanah.

Lalu si pemegang panjilah yang terpaksa bertahan. Bertahan dengan kudratnya yang sudah semakin lemah. Bertahan dengan luka dan kecederaan akibat dari serangan. Dan aku terbayang saat Jaafar bin Abi Talib yang memegang panji dengan tangan kanannya, lantas dipotong oleh musuh. Kemudian, dia memegang dengan tangan kirinya, lantas tangan kirinya juga turut dipotong.

Kemudian dia merapatkan panji ke dadanya dan menggunakan sedikit lengan yang ada untuk masih mengibarkan panji tersebut. Melihat keadaan itu, musuh terus membunuhnya. Badan Jaafar ditetak hingga terbelah dua. Panji yang dipegang terlepas dari dakapannya.

Tapi panji tersebut tidak jatuh menyembah bumi!

Lantas sahabat yang melihat kejadian itu terus membunuh musuh tersebut, manakala yang lain berebut-rebut untuk menyambut panji yang terlepas dari dakapan sahabat yang telah syahid tadi.

Inilah syiar kemenangan. Takkan dibiarkan panji ini jatuh biarpun kedua-dua tangan dan kaki kami dipotong! Akan kami gunakan gigi mahupun leher kami sebaik mungkin untuk terus memastikan panji ini tegak berdiri.

Ikhwah dan akhwat…

Marilah kita mengambil ibrah dari kisah generasi lampau dari sudut praktikal dan tuntutan dakwah kita masa kini.

Memang medan kita masih belum menuntut kita bertempur dengan musuh dengan senjata seperti generasi terdahulu. Tapi lihatlah dengan pandangan hatimu, pasti akan kau lihat ada antara kita yang betul-betulbertekad memegang panji dakwahnya di saat dirinya ditimpa pelbagai keuzuran.

Apakah sikap kita apabila melihat keadaan ikhwah dan akhawat kita yang sebegini?

“Tinggallah kejap aktiviti dakwah tu. Fokus dulu selesaikan masalah tu. Nanti dah selesai, continue lah balik,”cadang seorang ikhwah.

“Kita ni dakwah..dakwah juga. Tapi jangan sampai tinggalkan terus tanggungjawab lain,” kata seorang lagi.

“Setiap benda tu ada priority dan masa-masanya kan. Kita terpaksa korbankan sekejap dakwah buat masa ni,”kata yang lain pula.

“Inilah sebabnya ramai yang terkorban. Berkorban terlalu banyak sampai burn out. Terus gugur dan keluar dari jalan dakwah”, sampuk seorang lagi.

“Sabar ye. Kita tolong agama ALLAH, insyaALLAH ALLAH akan tolong kita,” kata orang lain pula.

Isu yang sama, cara menghadapi yang berbeza. Begitulah tarbiyah mengajar kita membumikan segala input yang diperoleh. Teringat aku akan salah satu dari ciri jiddiyah iaitu sentiasa mengatasi segala keuzuran yang ada untuk memenangkan dakwah.

Mendengarnya, seakan-akan faham. Namun apabila berhadapan dengan banyak situasi, kita lebih mengutamakan yang lain dari dakwah.

Perang Mu’tah menunjukkan sikap sebenar yang harus kita contohi di saat melihat pemegang panji-panji dakwah ini ditimpa pelbagai keuzuran dan ujian.

Lihatlah bagaimana 3000 tentera muslimin pada ketika itu masih lagi bertekad menentang 200 ribu tentera Rom, sedangkan mereka langsung tidak menjangkakan akan berhadapan dengan jumlah sebesar itu di awalnya.

Panji yang dipegang Zaid bin Harithah terlepas dari tangannya setelah beliau mati ditikam musuh. Lalu dengan pantas Jaafar bin Abi Talib merangkul panji tersebut agar tidak jatuh ke tanah.

Jaafar diasak bertubi-tubi oleh musuh, sehingga syahidnya dalam keadaan jasadnya mempunyai kesan pukulan dan tikaman sebanyak 90 puluh liang. Namun panji islam yang dipegangnya tidak jatuh ke bumi kerana Abdullah bin Rawahah dengan pantas telah mengambilnya.

Abdullah bin Rawahah menggempur musuh dengan lebih hebat lagi sehingga memperoleh syahid. Panji islam terlepas dari tangannya. Melihat keadaan itu, seorang askar biasa bernama Thabit bin Arqam terus menyambut panji tersebut untuk memastikan pasukan islam masih belum kalah dan mampu bertempur dengan musuh!

Ikhwah dan akhawat…

Tidakkah kita ingin melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh generasi tarbiyah terdahulu? Pastinya ramai antara kita yang hebat diuji ALLAH dengan pelbagai keuzuran, tetapi dalam masa yang sama, terpaksa memegang pelbagai tanggungjawab dakwah.

Tidakkah kita ingin menawarkan diri untuk memegang sebentar tanggungjawab yang ada untuk memastikan tuntutan dakwah sentiasa terlaksana?

Ataupun kita akan sentiasa menasihatinya untuk “meletakkan sebentar panji dakwah itu di atas tanah” sementara menunggu keuzurannya berjaya diatasi?

Ataupun kita membiarkan sahaja dia memikul tugasan dakwah dalam keadaannya yang sulit, lalu kita katakan di dalam hati, “tak lama lagi burn out lah tu…”

Ataupun kita hanya datang kepadanya lalu mengatakan, “sabar ye. ALLAH akan tolong nanti insyaALLAH”.

Ataupun kita akan menambah-nambah lagi tanggungjawab dakwah yang baru kepadanya apabila melihat kekentalannya menanggung segala tanggungjawab dakwah walaupun dirinya ditimpa pelbagai kesulitan?

Jadilah seperti Khalid Al-Walid!

Beliau bukan sahaja telah menyambut panji islam dari tangan Thabit bin Arqam, bahkan beliau menyambutnya dengan penuh kesungguhan!

Melihat keuzuran tentera islam yang sudah dikepung tentera Rom, beliau menyusun kembali tentera islam. Yang kiri diletakkan di bahagian kanan. Yang di hadapan disilangkan dan diletakkan di bahagian belakang. Lalu strateginya berhasil dan berjaya menggentarkan musuh.

Begitulah sikap sebenar pemegang panji-panji dakwah. Tidak akan rela melihat panji dakwah ini dibiarkan seketika di atas tanah, ataupun dijatuhkan terus oleh pemegangnya, walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Pasti kita akan merangkul panji tersebut sebelum ia jatuh ke tanah.

Bukan kita tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan sebentar perkara yang lain apabila bertembung dengan tugasan dakwah.

Tetapi begitulah kita ditarbiyah sehingga meletakkan cinta kita kepada dakwah ini mengatasi segala-galanya. Walaupun terpaksa mengorbankan keluarga, harta, masa, tenaga dan apa saja. Walaupun pada pandangan mata kebanyakan orang dakwah ini telah banyak menyusahkan kita.

Itulah cinta. Yang susah terasa indah. Ibarat seorang kekasih yang rela disusahkan oleh kekasihnya demi untuk melihat kekasihnya sentiasa hidup senang dan jauh dari sebarang kesulitan.

Dan begitulah ungkapan seorang syeikh yang telah pergi meninggalkan kita…

“Kalau hanya berdakwah, kita memang bisa. Tapi apakah bisa kita cinta dengan dakwah? Cinta itu menuntut pengorbanan, waktu, tenaga dan harta”

AH
28 Ogos 2010, 1.39 pagi
Kuala Lumpur, Malaysia

Siapakah Pengganti Khalid Al-Walid Zaman Ini?

Assalamualaikum,

Semasa Perang Yarmuk, Khalid Al-Walid memimpin 40 ribu tentera Islam. Menentang musuh seramai 240,000 prajurit. Terdiri dari 80,000 pasukan diikat dengan rantai besi, 80,000 pasukan berkuda dan 80,000 pasukan infantri.

40 000 VS 240 000 : Siapa yang menang?

40 ribu tentera muslimin! Diketuai oleh Khalid Al-Walid!

Khalid Al-Walid berjaya mengalahkan EMPAYAR ROM pada ketika itu. EMPAYAR! Bukannya negara!

Ah itu tidak penting lagi. Soalnya sekarang, siapa yang akan mengalahkan Nasrani dan Yahudi di zaman ini?

Khalid Al-Walid?

Atau KITA yang akan menggantikan Khalid Al-Walid?

AH
1 Disember  2008, 12.33 malam
Nice, France