Tag Archive for 'kecundang'

Musim Kecundang

Assalamualaikum,

Adakah ini musim kecundang?

Kecundang dengan keluarga… atas alasan menghormati.
Kecundang dengan rakan-rakan… atas alasan menyeru secara fardi.
Kecundang dengan diri… nafsu nafsi.

Bergerak? Jauh sekali.
Tarbiyah diri? Sudah cukup barangkali.

Siapakah yang pernah mengajarkan kita konsep berhibernasi? Sedangkan orang terdahulu sebelum ini bekerja tanpa henti!

Katakanlah!

“Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” – 9:24

Lupakah pada jiddiyyah yang kau pegang selama ini?

1. Responsif.
2. Kemahuan yang kuat.
3. Menggunakan seluruh potensi.
4. Sabar dan tabah.
5. Mengatasi keuzuran.

Oh, semuanya hanya teori?

Lupakah kita pada peristiwa Uhud ketika Abu Ubaidah Al-Jarrah berhadapan dengan ayahnya dan Mus’ab bin Umair berhadapan dengan abang kandungnya sendiri?

Lupakah kita?

Wahai saudaraku! Apakah engkau sudah jemu berjuang? Sekiranya engkau telah membuang senjata dari bahumu, maka siapakah yang akan mengubat luka-luka mereka yang terkorban dan mengibarkan panji-panjinya semula?

AH
23 Julai 2009, 7.53 petang
Nice, France