Tag Archive for 'jihad yang muntij'

Membina Aset-Aset Amal

Assalamualaikum,

Saban hari kita berkhayal, mengimpikan sesuatu, berkata-kata.

Dunia sudah semakin kompleks, sehinggakan kata-kata atau khayalan tidak berlegar di bibir atau di minda sahaja. Kini khayalan boleh dilihat jelas di status Facebook, Twitter dan pelbagai lagi medium online. Kata-kata juga banyak berlegar di ruang maya berbanding secara berdepan manusia dengan manusia.

Namun ada segilintir manusia yang menterjemahkan khayalan dan kata-kata ke dunia realiti. Mereka bekerja dan terus bekerja. Kata-kata mereka ke arah kerja. Khayalan mereka diterjemahkan satu persatu sehingga khalayan menjadi kenyataan akhirnya.

Itulah yang sering kita panggil sebagai amal. Sesuatu yang boleh dilihat dan dirasai kewujudannya. Aku ingin mati meninggalkan kesan-kesan seperti ini.

Al-Banna lebih spesifik, menkategorikan amal terbahagi kepada tiga :

1. Amal
2. Jihad
3. Jihad yang muntij

Musuh-musuh islam semakin marah dan menekan kita dengan amal-amal mereka.
Sebahagian kecil dari KITA masih berpusing-pusing di medan khayal, kata-kata.
Share, Like, Retweet, Pin It dan pelbagai lagi medan untuk para duat berpusing-pusing di medan kata-kata.

Tak kurang banyak dari KITA yang tewas di medan jihad. Lari dari medan mujahadah akibat tidak dapat menahan ujian ALLAH. Duit, masa, pelajaran, mak ayah, suami, isteri, anak-anak, saudara mara, kawan-kawan lama, kerja, semuanya menekan dan terus menekan.

Ada segolongan kecil yang berada di lorong jihad yang muntij.
Bilangan mereka amat sedikit pada pandanganku. Tapi hasil mereka begitu mengagumkan.

Ya ALLAH , izinkan aku berada di lorong itu.
Semoga hari-hariku untuk jihad yang muntij.

Doakan diriku.
Mari sahut tazkirahku.

Muhasabah diri untuk amal yang dahsyat!

AH
18 September 2012, 11.42 malam
Somewhere in France