Tag Archive for 'Hanya Tinggal Doa Sebagai Harapan Utama'

Hanya Tinggal Doa Sebagai Harapan Utama

Assalamualaikum,

Rajin-rajinkan diri membaca catatan orang terdahulu…

Setiap orang yang menekuni bidang gerakan amal tarbawi islam pasti akan melihat fenomena jatuhnya sebahagian orang dan surutnya sebahagian yang lain dari mereka.

Engkau melihat seorang dai yang bergabung dengan para dai lainnya. Pada awal mulanya engkau mengira bahawa ia akan teguh dalam pendiriannya. Akan tetapi di tengah jalan ternyata dia mengecewakan harapanmu, kerana terbentur oleh faktor yang menakutkannya atau tergoda oleh hal-hal yang memperdayainya atau terjerat oleh bisikan hawa nafsu dan kesenangannya.

Pada akhirnya dia terpedaya dan dikuasai oleh kesesatan kerana sikapnya sendiri, sehingga ia mengalami kelesuan (futur).

Adakalanya kita mengalami kesulitan mencari penyebab gejala ini, akan tetapi firasat kita terhadap diri kita dan penggalian yang telah kita lakukan terhadap pengetahuan tarbiyah yang telah dirintis oleh para pendidik terdahulu, dapat memperlihatkan kepada kita adanya harapan untuk mencari penyelesaiannya.

Jika hal ini disedari sepenuhnya, nescaya dengan seizin ALLAH dapat menguatkan hati kita dan nescaya terhindarlah kita dari ketergelinciran sesudah jejak kita teguh. – Ar Raqaiq

Usaha sedikit demi sedikit.

Walaupun…
Seakan-akan….

Doa sahajalah yang tinggal sebagai usaha yang paling berhasil.

Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi s.a.w banyak berdoa: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkan hatiku atas agamaMU”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?” Jawab baginda: “Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dua jari Allah, Dia membolak-balikkannya sebagaimana Dia kehendaki ” –Riwayat At Tarmizi

AH
22 Februari 2010, 1.59 pagi
Somewhere in France