Tag Archive for 'Hakikat Jalan Dakwah'

Hakikat Jalan Dakwah

Assalamualaikum,

Kadang-kadang perasaan letih dan kecewa membuatkan langkah kita lesu.

Kemudian datang peringatan buat diriku dari seorang akh. Bahawa islam pasti akan menang, sama ada sekarang atau kemudian hari.

Lalu aku melihat di banyak tempat, gerakan islam semakin maju setapak demi setapak ke hadapan. Dibandingkan waktu-waktu sebelum ini, gerakan islam telah banyak mencapai kemenangan-kemenangan besar yang dapat dilihat oleh manusia yang sentiasa memerhatikan.

Musuh semakin mundur dan menerima kekalahan demi kekalahan hari demi hari.

Tiba masanya untuk aku pula bertanya diriku :

“Apakah aku termasuk dalam golongan yang mara dan memukul musuh-musuh islam itu hari demi hari?”

Usiaku semakin lanjut. Apakah usiaku ini diisi dengan menambah aset-aset pahala di akhirat?

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)” – surah as-saff, ayat 8

AH
14 Disember 2012, 9.44 pagi
Somewhere in France