Tag Archive for 'Antara Berani Dan Pengecut'

Antara Berani Dan Pengecut

Assalamualaikum,

Pakcik SQ pernah menulis mengenai hakikat mereka yang digelar pengecut dan berani.

Sesungguhnya manusia yang paling bersemangat dan maju ke hadapan, kadang-kadang adalah orang yang paling pengecut dan mundur apabila berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Bahkan ia mungkin boleh dijadikan kaedah.

Ia adalah kerana terlalu bersemangat dan maju ke depan lazimnya berpunca dari tidak tahu menilai hakikat sesuatu tugas, bukannya berpunca dari sifat berani dan tahan lasak. Ia juga dari sikap tidak tahan menanggung kesempitan dan derita, lalu sifat tidak sabar itu mendorongnya bergerak ke hadapan untuk mengalahkan musuh tanpa menilai kekuatan dan ketahanan diri sendiri.

Jadi apabila mereka berhadapan dengan realiti dan mendapati bahawa tugas itu lebih berat daripada yang disangka, mereka menjadi saf yang pertama mundur dan tumbang. Tetapi orang yang tahan lasak dan tidak mundur ialah orang yang dapat mengawal diri, sabar menanggung kesempitan dan derita pada beberapa ketika serta membuat persiapan dan pandai menilai tugas harakah.

Sejauh mana kesabaran jiwa menanggung tugas-tugas ini, maka mereka akan bersabar, tidak gopoh dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Orang yang terlalu bersemangat maju ke depan tadi mungkin tidak bersetuju dengan cara ini dan menganggapnya suatu kelemahan.

Di dalam peperangan barulah terbukti manakah di antara dua golongan tadi lebih tahan lasak dan lebih jauh pandangannya. – Fi Zilalil Quran, 5/712

Bukan bermakna tidak boleh laju dan bersemangat. Tapi perlu ditambah dengan konsep bersabar dan bertahan. Bertahan dengan kerenah dakhili lebih mencabar dan menguji kesabaran dari menghadapi kerenah khariji.

Kalaulah kita semua faham…

AH
11 Jun 2010, 3.49 petang
Nice, France