Tag Archive for 'ALLAH Segala-Galanya'

ALLAH Segala-Galanya

Assalamualaikum,

Manusia… semestinya akan penat. Makhluk yang lemah. Sentiasa berharap dan serba kekurangan.

Semakin lama, semakin kita akan dihambat dengan keduniaan. Diuji dan diuji terus-menerus. Hanya iman yang menentukan kita mampu bertahan ataupun tidak.

ALLAH akan menguji tahap tawakal kita pada-Nya.
Tahap keimanan kita pada-Nya.
Tsiqah dan kepercayaan kita pada-Nya.

Tiada siapa yang dapat menjamin kita akan masih terus berada di jalan ini. Apa yang ku maksudkan dengan “berada di jalan” ini bukanlah mereka yang hanya berkeinginan sahaja, tapi adalah mereka yang sentiasa bekerja walaupun terus dihimpit dengan pelbagai halangan.

Aku telah menyaksikannya.
Kita telah merasainya bersama.

Semoga kalian bertambah kuat dengan kesempitan yang dialami. Semakin tinggi cita-cita dan semakin kuat beramal. Semakin mantap iman kalian. Semakin dekat diri kalian bersama ALLAH.

Jangan perlahankan langkah…
Walaupun ku tahu memang susah untuk kita bergerak sepantas dulu dalam keadaan kita yang begini…

Aku dah takde apa-apa yang boleh bagi macam dulu. Sebab aku pun manusia juga. Makhluk yang lemah dan sentiasa berharap. Bahkan aku berharap lebih dari yang kalian harapkan.

Jadi jangan harap padaku!

Letakkan harapan kalian pada ALLAH. Minta pada-Nya. Minta banyak-banyak. Bukan untuk kegunaan kita, tapi untuk kerja kita menyelamatkan mereka.

Memang aku sedih bila ku tanya salah seorang antara kita…

“Kau ada berapa duit dalam akaun sekarang ni?”, tanyaku.
“Err, ada 7 euro”, 
jawabnya.

Kalau aku tak tanya, memang kau takkan cerita. Apa yang keluar dari mulutmu hanya berkisar dakwah kita. HuHu ikhlaskan niat lah ye. Dan jangan belajar bagi alasan pula.

Tapi aku juga sedih mendengar statement salah seorang antara kita…

“Sweater aku je ada lapan pasang. HuHu”

Di kalangan yang membaca dan bersweater lapan pasti terasa. Bukan aku jealous tengok mu banyak sweater ataupun nak duit mu tu. Tapi aku kisah pada amalmu. Pada fikrahmu. Sepatutnya tak jadi begini. Mungkin mu macam Abu Dzar yang kutuk Bilal berkulit hitam.

Semoga ALLAH ampuni dosa kita, tingkatkan amal kita dan kuatkan keimanan serta tawakal kita pada-Nya.

Di saat kita dihimpit dan diuji begini…
Aku berharap hanya pada ALLAH untuk memelihara kalian.
Hanya ALLAH.
ALLAH…

Moga kita tidak kecundang. Sebaliknya makin kuat dan hebat!

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan… – Surah Al Hajj, ayat 78

AH
2 Ogos 2010, 2.05 pagi
Nice, France