Tag Archive for 'Aku Perlu Aktif Menulis Kembali'

Aku Perlu Aktif Menulis Kembali

Assalamualaikum,

Dulu aku menulis tentang hidupku. Kerana sahabat dan keluargaku ingin mengetahui perkembangan aku di sini.

Kemudian cara ku melihat dunia sudah berbeza. Tarbiyah membuatkan dunia yang sempit tergambar begitu luas pada pandanganku.

Cerita-cerita tentang diriku sudah ku rasa terlalu remeh untuk diceritakan.
Maka cerita-cerita dan apa yang ku kongsikan di platform yang sama telah bertukar menjadi cerita fikrah dan harakah. Adakalanya luahan hatiku sepanjang berada di jalan yang ku imani ini.

Tiba di suatu fasa, aku rasa tidak perlu menulis lagi.
Manfaat-manfaat tulisan terdahulu macam sudah cukup untuk keperluan yang ada.

Ditambah pula kini aku sudah serumah dengan seorang akhawat.
Aku biasa menulis seorang diri. Di waktu hatiku berkata-kata.
Memang susah aku nak menulis dalam keadaan ada yang sentiasa memerhati.

Kini akhawat itu masih setia dan sentiasa di sisiku.
Dan keadaan dan keperluan juga memaksa untuk aku menulis.

Tapi apa boleh aku buat?
Takkan nak tunggu akhawat itu tiada baru boleh menulis!
Aku akan tulis juga dalam situasi yang baru ini! HaHa

Tunggulah tulisan-tulisan baruku. Moga menjadi aset yang memberi pahala walaupun ketika aku sudah tidak bekerja lagi suatu masa nanti.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” – Sahih Muslim

AH
4 November 2012, 12.25 tengah malam
Somewhere in France