Tag Archive for '300 Katibah'

300 Katibah : المؤتمر الخامس

Assalamualaikum,

Suatu masa nanti apabila jumlah kamu mencecah tiga ratus katibah di mana setiap katibah telah melengkapkan rohani mereka dengan iman dan akidah, mental mereka dengan ilmu dan pengetahuan, tubuh mereka dengan latihan dan riadah…

… pada ketika itu, jika kamu tuntut agar saya mengharungi gelora laut bersama kamu atau merempuh angkasa raya atau memerangi semua manusia yang engkar dan bermaharajalela, dengan izin ALLAH saya akan setuju. Benar sekali apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w :

“Dua belas ribu orang tidak akan ditewaskan kerana bilangan mereka yang sedikit”

Saya menjangkakan masa yang dinanti itu akan tiba tidak lama lagi setelah ALLAH memberikan taufik-Nya dan membekalkan bantuan-Nya serta keizinan-Nya.

Kamu boleh memendekkan tempoh ini jika kamu kerahkan segala tumpuan kamu dan kamu gandakan usaha kamu. Jika kamu cuai maka andaian ini akan berubah dan hasilnya akan berbeza.

Oleh itu, tanamkan dalam diri kamu rasa tanggungjawab ini. Bentuklah katibah dan kumpulan, tumpukan pada pengajian, percepatkan latihan dan sebarkan dakwah kamu ke kawasan yang masih belum menerimanya.

Jangan kamu sia-siakan walaupun seminit tanpa sebarang usaha. – HAB

AH
22 April 2010, 1.35 pagi
Somewhere in France