Qaedah Sulbah Ekonomi

Assalamualaikum,

Aku terbaca statistik ini di suatu blog :

1) <5% dari orang melayu islam berniaga

2) Dalam 5% itu, 80% adalah peniaga pasar malam, peruncit, pengusaha restoran, peniaga gerai, peniaga buah dan lain-lain seumpama dengannya.

3) Melayu islam hanya terlibat sebanyak <15% dalam IKS.

Bukan sesuatu yang baru bagiku. Aku juga merasakan ini juga bukan sesuatu yang baru bagi kita semua, orang islam di Malaysia yang berstatus melayu bumiputera.

Semua orang telah mengetahuinya. Ada juga yang telah mengambil langkah untuk mengatasi kekurangan ini.

MARA
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Skim pinjaman
Pelbagai kemudahan khusus
Seminar- seminar percuma
Seminar berbayar
Sistem mentor-mentee
Dan macam-macam lagi…

Tapi mengapa angka ini tidak jauh berganjak ke hadapan?
Mengapa saban masa, kita mengulangi statistik dan komplen yang sama?

Ikhwah akhawat seharusnya mengambil peluang ini.
Fiqh dakwah yang sama kita gunapakai di medan yang baru.

Seperti mana kita mampu mentarbiyah manusia yang sarat dengan jahiliyah, sehingga melahirkan manusia yang gilakan dakwah… begitulah juga kita juga mampu mentarbiyah manusia yang hidup menjadi hamba tauke-tauke besar sehingga mampu menjadi penentu UTAMA ekonomi Malaysia dan dunia satu hari nanti.

Cabaran tetap ada.
Lagi-lagi perkara baru yang kelihatan masih samar-samar pada pandangan KITA.

Orang yang hebat dalam dakwahnya dan hebat juga dalam bisnesnya.
Masanya fleksibel.
Infaqnya bila-bila masa apabila dakwah memerlukan.
Dia yang membentuk suasana ekonomi baru ke arah islam.
Dakwah ini mandiri dan bergerak secara profesional tanpa bantuan luar.

Fathullah Gulen telah mengasaskannya di Turki.
Aku memilih untuk melalui jalan ini walaupun penuh dengan rintangan.

Siapakah yang ingin bersama-sama melakukan “bidaah” ini di saat semua orang mengikut mainstream sedia ada – bekerja makan gaji dan masanya disusun habis-habisan oleh majikannya?

Siapakah yang ingin menjadi as sabiqun al awwalun dalam perkara ini? …menjadikan perkara ini mainstream pada suatu masa nanti.

QS ekonomi… satu impian yang pasti!

AH
19  Julai 2013, 6.24 petang
Somewhere in France

0 Responses to “Qaedah Sulbah Ekonomi”


  • No Comments

Leave a Reply