Badanku Penat… Tapi…

Assalamualaikum

…. fikiranku tak boleh tidur. Sudah pukul 2.08 pagi, berlegar-legar memikir nasib seorang akh. Akh ini ada masalah berat.

Pendapatan bulanannya, minimum RM 2 juta…
Iyee…. RM 2 juta setiap bulan… bersamaan dengan RM24 juta setahun

Tapi…
dia tidak mampu menyimpan…
kerana semua duitnya dibelanjakan..
majoriti bukan ke poket dakwah pula tu…
dan masuk banyak ke kocek-kocek orang bukan islam

Arghhh…..! Gila bukan?

Ah..memang gila akh itu…
Aku yang memikirkannya terasa lebih gila..

Sehingga tak boleh tidur sehingga kini..
Macamana nak selamatkan akh ini secepat mungkin?

Orang beriman dengan orang beriman yang lain itu adalah seperti satu jasad…” – Hadis

AH
22 Februari 2013, 2.14 pagi
Somewhere in France

Kalau Kita Banyak Kerja…

Assalamualaikum,

Pesan seseorang…
Kalau kita banyak kerja dan macam serabut tak tahu nak mula mana satu…

1) Senaraikan semua kerja yang ada.
2) Buat satu persatu dan pangkah kalau dah siap.
3) Kalau satu kerja itu terlalu banyak, pecahkan kepada beberapa bahagian.
4) Kalau kerja mudah, tetapi banyak dan leceh, maka buat jelah dengan penuh mujahadah

Inilah caraku memujuk diriku sendiri di kala semua benda yang mudah tapi amat melecehkan datang menimpa.

Aaaaaaaaaaaaa…………

AH
5 Februari 2013, 1.16 pagi
Somewhere in France

Belajar Bahasa Arab Sikit-Sikit

Assalamualaikum,

Aku baru pulang memberi taujih di kalangan mereka yang berlatarbelakangkan agama. Kitab-kitab arab menjadi mainan mereka setiap hari. Sementara aku baru tahu sikit-sikit. HuHu.

Potensi yang ada pada mereka sangat besar. Begitu juga , harapan ku pada mereka.

100 asatizah sudah cukup untuk mendatangkan arus islam yang sangat besar di Malaysia. Sekiranya mereka adalah orang yang faham

Seusai daurah, ku minta mereka tuliskan apa azam pada diri mereka selepas ini.
Antara yang menarik perhatian ku ialah ..

“Azam : Translate berita, artikel dalam arab ke melayu tentang keadaan semasa umat islam”

Bestnya kalau semua produk-produk sekolah agama memahami marahil dakwah ini…

AH
29 Januari 2013, 12.39 pagi
Somewhere in France

صامدين – Manusia Yang Teguh

Assalamualaikum,

Usaha yang bagus. Aku nak buat tapi masih belum mahir bahasa arab.
Lepasni minta tolong ikhwah yang pandai menyanyi hidupkan lagu-lagu jihad dan haraki dalam seni lagu kita di Malaysia.

Umat islam di Malaysia dah terlalu lembik dengar lagu yang mendayu-dayu.
Sampaikan cerita pasal perjuangan pun nak mendayu-dayu. HuHu

أرض الإسلام يا عالم أمانة
أمااانة تدافعوا عنها أمانة
ويا حيف عاللي غرتهم الأماني
ومشيو الدرب بوهم وسراب ياباي
يا مفاوضين
ما فوضوكوا أبطالنا

Wahai dunia, tanah Islam adalah amanah
Amanah yang mesti engkau pertahankannya
Wahai diktator yang diperdaya oleh angan kosong
Berjalan dengan prasangka dan ilusi
Wahai perunding,
Wira-wira kami tak akan menyerahkan urusan ini padamu

… … …

صامدين ما نرتضي بيع الوطن
صامدين قررنا ولبسنا الكفن
عنا ارحلوا يا مفاوضين
يا طالبين قبض الثمن
يا تايهين يا هاربين
من الخنادق والمحن
ارض فلسطين تستنى اللي يدفع ثمن

Kami tetap teguh, kami tak reda tanah kami dijual
Kami tetap teguh, kami laungkan dengan kami memakai kain kafan
Pergilah dari kami wahai perunding
Wahai peminta yang menerima harga
Wahai pengecut, wahai orang yang lari
Dari parit-parit dan ujian berat
Tanah Palestin menunggu orang yang membayar harga

*** *** ***

يا مفاوضين هادي اليهود
كل ما انحنيت تطلب مزيد
77 % أعطيتوا الصهيونية
أنا أرضي مش هدية
لعيون الغاصبين

Wahai perunding, pemberi hadiah kepada yahudi
Setiap kali engkau tunduk, Yahudi minta tambahan
77% engkau berikan kepada Zionis
Tanahku bukanlah hadiah
Untuk mata-mata perampas

*** *** ***

يا مفاوضين يكفي سراب
أنتوا اللي زينتوا الخراب
صار اليهودي صاحب
صار المقاوم غاصب
يا شعبي
قوم نحاسب
ونصحح الموازين

Wahai perunding, cukuplah dengan ilusi
Engkau menghiasi kehancuran
Yahudi menjadi temanmu
Hamas pula menjadi perampas
Wahai bangsaku,
Bangunlah, kita renung bersama
Kita perbetulkan neraca

*** *** ***

يا اللي تعبتوا من الكفاح
عمر المقاوم ما استراح
اما النصر عالعادي
واما اننال الشهادة
منهج نبينا الهادي
ما يسلم فلسطين

Wahai orang yang penat dengan pertarungan
Usia pertarungan tak akan berhenti rehat
Samada kemenangan yang pasti
Atau kita mencapai syahid
Manhaj Nabi (Al-Hadi) kita
Tak akan menyerahkan Palestin

Terjemahan oleh Fetya

AH
21 Januari 2013, 11.23 pagi
Somewhere in France

10 Wasiat Hasan Al Banna – Arab & Melayu

Assalamualaikum,

10wasiat

AH
15 Januari 2013, 4.18 petang
Somewhere in France

Rindu Kemenangan

Assalamualaikum,

Permulaan… 

أيها الإخوان
كنت أود أن نظل دائما نعمل ولا نتكلم , وأن نكل الأعمال وحدها الحديث عن الإخوان وخطوات الإخوان , وكنت أحب أن تتصل خطواتكم اللاحقة بخطواتكم السابقة في هدوء وسكون من غير هذا الفاصل الذي نحدد به جهاد عشر سنوات مضت لنستأنف مرحلة أخرى من مراحل الجهاد الدائب في سبيل تحقيق فكرتنا السامية

Wahai Ikhwan, saya sentiasa berharap supaya kita sentiasa bekerja dan tidak perlu bercakap. Kita serahkan tindakan kita sahaja sebagai jurucakap yang menceritakan siapakah Ikhwan dan apakah strategi Ikhwan. Saya suka jika langkah-langkah kamu yang mendatang berkesinambungan dengan langkah-langkah kamu yang lalu dengan penuh tenang dan lancar, tanpa memerlukan program seperti ini. Program yang akan membentangkan jihad sepanjang sepuluh tahun yang lalu untuk kita mulakan suatu era baru jihad yang berterusan dalam usaha merealisasikan gagasan kita yang mulia ini.

AH
15 Januari 2013, 11.56 pagi
Somewhere in France

Kuasai Framework Dakwahmu!

Assalamualaikum,

Penggerak di setiap tempat seharusnya menguasai prinsip-prinsip asas dakwah kita.
Mengenal perkara yang tsawabit dan mutaghoyyirat.
Membezakan antara perkara prinsip dan waqi’i.

Setiap penggerak seharusnya mempunyai framework yang sama.
Skop pemikiran yang luas.
Peka dalam setiap gerak kerja.

Bukan mengikut-ngikut saja gerak kerja generasi sebelum-sebelumnya tanpa mengetahui asbab, waqi’ dan prinsip di sebaliknya.
Jadilah qiyadah yang peka dan proaktif!
Bukan qiyadah copy paste.

“Tak silap aku naqib aku buat camni dulu. So kita buatlah benda sama”
“Kita ditarbiyah dulu macamana ek? So kita ikut je”
“Aku tengok ikhwah negara sana buat macam ni. So kenapa kita tak buat juga benda sama?”
“Kalau tengok kerja kita dulu-dulu. Sekarang ni kita patutnya dah takde kerja sangat sebab dah capai apa yang dibuat dulu”

Mengapa naqib / qiyadah anda buat begitu suatu masa dulu?
Adakah itu fasa ideal atau fasa darurat?

Adakah fasa anda masih fasa darurat?
Adakah anda selama-lamanya ingin berada dalam fasa darurat?
Adakah” ideal” pada pandangan anda ialah gerak kerja fasa darurat?

Baca ya ikhwah!
Jangan malas baca!
Kuasai prinsip-prinsip dakwahmu.

Fikir ya ikhwah!
Jangan malas fikir!
Manfaatkan framework dakwahmu ke dalam realiti semasa.

Peka ya ikhwah!
Jangan culas atau acuh tak acuh melihat para junud bekerja.
Kejar yang ideal untuk melaju terus memukul medan baru yang lebih mencabar nanti!

Kita bukan sekadar berpuas hati melihat segalanya telah majoriti dan mainstream.
Medan ini medan sementara. Mempersiap mujahid yang rakus dan buas menghentak jahiliyah. Medan utama sepulangnya kita di sana.

Fasa darurat telah berlalu di kebanyakan tempat. Mari kejar yang ideal!
Ya, tarbiyah dan dakwah yang ideal!

AH
21 Disember 2012, 11.21 pagi
Somewhere in France

Orang Hebat

Assalamualaikum,

Kongsi kata-kata semangat dari seorang syeikh.

Orang hebat sentiasa melihat kejayaan adalah suatu yang amat hampir.
Dalam hidupnya tiada istilah ’halangan’.
Semuanya menjadi ‘peluang’.

Hidupnya penuh dengan positif.
Hidupnya tidak dibelenggu ikatan ‘alasan’.
Kecewa dan putus asa bukan pakaian hidupnya.

Anda hebat!
Kenapa hebat?

.. kerana anda hasil saringan jutaan benih yg telah dipilih Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini. Allah tidak akan memilih anda jika anda tidak mampu!

Jangan sia-siakan pilihan Allah..
Jangan turuti bisikan negatif
Jangan tertipu dengan rasa lemah diri.. bangkitlah !

Anda mampu wahai saudaraku..!
Usaha sungguh-sungguh
Doa sungguh-sungguh
Tawakal sungguh-sungguh..

Anda manusia bertuah pilihan Allah !!

Qa’qa ibnu Amr Al Tamimi beraksi di medan Yarmuk.
Seorang tentera ibarat satu batalion seperti yang dikatakan Abu Bakar.

AH
21 Disember 2012, 12.40 pagi
Somewhere in France

Dakwah Ini, Dakwah Kasih Sayang

Assalamualaikum,

Terfikir mereka yang islamik tapi keras dan kasar dalam nasihat-nasihatnya.
Adakah semuanya patut seperti Saiyyidina Uthman dalam segala hal?

Umar Al-Khattab menunjukkan kita akan sempadannya.
Berkeraslah untuk diri sendiri dan berlembutlah dengan orang lain.

Nahnu nuqaatil annas bil hub…
Kita menakluk manusia dengan cinta

AH
18 Disember 2012, 1.25 pagi
Somewhere in France

Hakikat Jalan Dakwah

Assalamualaikum,

Kadang-kadang perasaan letih dan kecewa membuatkan langkah kita lesu.

Kemudian datang peringatan buat diriku dari seorang akh. Bahawa islam pasti akan menang, sama ada sekarang atau kemudian hari.

Lalu aku melihat di banyak tempat, gerakan islam semakin maju setapak demi setapak ke hadapan. Dibandingkan waktu-waktu sebelum ini, gerakan islam telah banyak mencapai kemenangan-kemenangan besar yang dapat dilihat oleh manusia yang sentiasa memerhatikan.

Musuh semakin mundur dan menerima kekalahan demi kekalahan hari demi hari.

Tiba masanya untuk aku pula bertanya diriku :

“Apakah aku termasuk dalam golongan yang mara dan memukul musuh-musuh islam itu hari demi hari?”

Usiaku semakin lanjut. Apakah usiaku ini diisi dengan menambah aset-aset pahala di akhirat?

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)” – surah as-saff, ayat 8

AH
14 Disember 2012, 9.44 pagi
Somewhere in France