Masjid Sebagai Permulaan

Assalamualaikum,

Memetik kata-kata penasihat kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya :

“Dunia menyaksikan bagaimana pejuang Hamas dan sangat terkejut. Warga Gaza selalu solat di masjid, dandekat dengan masjid. Mereka menerapkan ajaran Islam di setiap sendi kehidupan. Inilah yang membuat gelisah musuh-musuh Islam.”

Sifat sangat mencintai solat di masjidlah permulaan awal kepada kemenangan Islam di Gaza.

Kita mungkin tidak mampu ke Gaza untuk melihat sendiri masyarakat Islam di sana. Namun, tidakkah kita melihat video yang baru-baru ini dirakam di Gaza ketika perang Israel-Palestin berlangsung? (lihat minit 0.29 – 0.40)

 

Ketika 60 jet pejuang Israel berlegar-legar di udara pada hari ke-7 (awal Januari 2009) perang Furqan berlangsung, umat Islam Palestin masih tetap berkumpul di masjid untuk solat berjemaah.

Bom-bom Israel tidak mampu menjauhkan warga Gaza dari masjid!

Berapa kali kita ke masjid dalam sehari? Atau dalam sebulan? Atau dalam setahun?

Adakah kita pernah menanam azam untuk solat 5 waktu 100% di masjid?

Jika masih mengambil ringan solat di masjid, kita masih belum bermula kerana masjidlah permulaan bagi kemenangan yang kita impikan.

AH
3 Julai 2009, 1.48 pagi
Nice, France

0 Responses to “Masjid Sebagai Permulaan”


  • No Comments

Leave a Reply