Archive for the 'takwin' Category

Cerita Ceriti Tarbiyah Ramadhan

Assalamualaikum,

Ramadhan tahun ini telah berlalu. Alhamdulillah ia yang terbaik berbanding sebelum ini dalam hidupku. Kali ini aku belajar konsisten dalam beramal. Meskipun sedikit.

Ada beza antara orang yang konsisten tilawah Al-Quran satu juzuk sehari…
jika dibandingkan dengan orang yang tilawah Al-Quran secara tidak konsisten…

Tapi kedua-duanya khatam juga pada akhir Ramadan
Cuma orang yang tidak konsisten merasa penat dan lelah untuk mujahadah memecut pada masa tertentu
Orang yang konsisten terasa mudah kerana telah mendapat momentum

Mana yang akan istiqamah?
Tentu yang konsisten
Berbanding yang naik turun amalnya

Ada lagi satu pelajaran yang ku kutip tahun ini…
Iaitu mereka yang berjaya ialah mereka yang sentiasa jelas dengan objektif yang hendak dicapainya, sentiasa memperbaiki diri dan persekitarannya, serta sentiasa bekerja hari demi hari tanpa putus asa.

Bentuk mudahnya…

1) Hadaf
2) Takwin
3) Amal yang berterusan

Semoga ada tiga ciri-ciri ini dalam diri kita.

Dan ingat…!
Di dalam diri kita, sentiasa tanam sikap sabar dan saling menjaga ukhuwwah.

Dan ingat…!
Sehebat mana pun kita…
Jadilah jundi dan qoid yang baik
Kedua-duanya!
Boleh disusun dan menyusun
Sentiasa menjaga prinsip amal jamaie
Sentiasa menjaga akhlak

Ikhwah akhawat di Mesir telah dan sedang membuktikannya.

AH
8 Ogos 2013, 3.27 pagi
Somewhere in Malaysia

Qaedah Sulbah Ekonomi

Assalamualaikum,

Aku terbaca statistik ini di suatu blog :

1) <5% dari orang melayu islam berniaga

2) Dalam 5% itu, 80% adalah peniaga pasar malam, peruncit, pengusaha restoran, peniaga gerai, peniaga buah dan lain-lain seumpama dengannya.

3) Melayu islam hanya terlibat sebanyak <15% dalam IKS.

Bukan sesuatu yang baru bagiku. Aku juga merasakan ini juga bukan sesuatu yang baru bagi kita semua, orang islam di Malaysia yang berstatus melayu bumiputera.

Semua orang telah mengetahuinya. Ada juga yang telah mengambil langkah untuk mengatasi kekurangan ini.

MARA
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Skim pinjaman
Pelbagai kemudahan khusus
Seminar- seminar percuma
Seminar berbayar
Sistem mentor-mentee
Dan macam-macam lagi…

Tapi mengapa angka ini tidak jauh berganjak ke hadapan?
Mengapa saban masa, kita mengulangi statistik dan komplen yang sama?

Ikhwah akhawat seharusnya mengambil peluang ini.
Fiqh dakwah yang sama kita gunapakai di medan yang baru.

Seperti mana kita mampu mentarbiyah manusia yang sarat dengan jahiliyah, sehingga melahirkan manusia yang gilakan dakwah… begitulah juga kita juga mampu mentarbiyah manusia yang hidup menjadi hamba tauke-tauke besar sehingga mampu menjadi penentu UTAMA ekonomi Malaysia dan dunia satu hari nanti.

Cabaran tetap ada.
Lagi-lagi perkara baru yang kelihatan masih samar-samar pada pandangan KITA.

Orang yang hebat dalam dakwahnya dan hebat juga dalam bisnesnya.
Masanya fleksibel.
Infaqnya bila-bila masa apabila dakwah memerlukan.
Dia yang membentuk suasana ekonomi baru ke arah islam.
Dakwah ini mandiri dan bergerak secara profesional tanpa bantuan luar.

Fathullah Gulen telah mengasaskannya di Turki.
Aku memilih untuk melalui jalan ini walaupun penuh dengan rintangan.

Siapakah yang ingin bersama-sama melakukan “bidaah” ini di saat semua orang mengikut mainstream sedia ada – bekerja makan gaji dan masanya disusun habis-habisan oleh majikannya?

Siapakah yang ingin menjadi as sabiqun al awwalun dalam perkara ini? …menjadikan perkara ini mainstream pada suatu masa nanti.

QS ekonomi… satu impian yang pasti!

AH
19  Julai 2013, 6.24 petang
Somewhere in France

10 Wasiat Hasan Al Banna – Arab & Melayu

Assalamualaikum,

10wasiat

AH
15 Januari 2013, 4.18 petang
Somewhere in France

Aku Perlu Aktif Menulis Kembali

Assalamualaikum,

Dulu aku menulis tentang hidupku. Kerana sahabat dan keluargaku ingin mengetahui perkembangan aku di sini.

Kemudian cara ku melihat dunia sudah berbeza. Tarbiyah membuatkan dunia yang sempit tergambar begitu luas pada pandanganku.

Cerita-cerita tentang diriku sudah ku rasa terlalu remeh untuk diceritakan.
Maka cerita-cerita dan apa yang ku kongsikan di platform yang sama telah bertukar menjadi cerita fikrah dan harakah. Adakalanya luahan hatiku sepanjang berada di jalan yang ku imani ini.

Tiba di suatu fasa, aku rasa tidak perlu menulis lagi.
Manfaat-manfaat tulisan terdahulu macam sudah cukup untuk keperluan yang ada.

Ditambah pula kini aku sudah serumah dengan seorang akhawat.
Aku biasa menulis seorang diri. Di waktu hatiku berkata-kata.
Memang susah aku nak menulis dalam keadaan ada yang sentiasa memerhati.

Kini akhawat itu masih setia dan sentiasa di sisiku.
Dan keadaan dan keperluan juga memaksa untuk aku menulis.

Tapi apa boleh aku buat?
Takkan nak tunggu akhawat itu tiada baru boleh menulis!
Aku akan tulis juga dalam situasi yang baru ini! HaHa

Tunggulah tulisan-tulisan baruku. Moga menjadi aset yang memberi pahala walaupun ketika aku sudah tidak bekerja lagi suatu masa nanti.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” – Sahih Muslim

AH
4 November 2012, 12.25 tengah malam
Somewhere in France

Membina Aset-Aset Amal

Assalamualaikum,

Saban hari kita berkhayal, mengimpikan sesuatu, berkata-kata.

Dunia sudah semakin kompleks, sehinggakan kata-kata atau khayalan tidak berlegar di bibir atau di minda sahaja. Kini khayalan boleh dilihat jelas di status Facebook, Twitter dan pelbagai lagi medium online. Kata-kata juga banyak berlegar di ruang maya berbanding secara berdepan manusia dengan manusia.

Namun ada segilintir manusia yang menterjemahkan khayalan dan kata-kata ke dunia realiti. Mereka bekerja dan terus bekerja. Kata-kata mereka ke arah kerja. Khayalan mereka diterjemahkan satu persatu sehingga khalayan menjadi kenyataan akhirnya.

Itulah yang sering kita panggil sebagai amal. Sesuatu yang boleh dilihat dan dirasai kewujudannya. Aku ingin mati meninggalkan kesan-kesan seperti ini.

Al-Banna lebih spesifik, menkategorikan amal terbahagi kepada tiga :

1. Amal
2. Jihad
3. Jihad yang muntij

Musuh-musuh islam semakin marah dan menekan kita dengan amal-amal mereka.
Sebahagian kecil dari KITA masih berpusing-pusing di medan khayal, kata-kata.
Share, Like, Retweet, Pin It dan pelbagai lagi medan untuk para duat berpusing-pusing di medan kata-kata.

Tak kurang banyak dari KITA yang tewas di medan jihad. Lari dari medan mujahadah akibat tidak dapat menahan ujian ALLAH. Duit, masa, pelajaran, mak ayah, suami, isteri, anak-anak, saudara mara, kawan-kawan lama, kerja, semuanya menekan dan terus menekan.

Ada segolongan kecil yang berada di lorong jihad yang muntij.
Bilangan mereka amat sedikit pada pandanganku. Tapi hasil mereka begitu mengagumkan.

Ya ALLAH , izinkan aku berada di lorong itu.
Semoga hari-hariku untuk jihad yang muntij.

Doakan diriku.
Mari sahut tazkirahku.

Muhasabah diri untuk amal yang dahsyat!

AH
18 September 2012, 11.42 malam
Somewhere in France

 

As-Syahid Imad Aqel

Assalamualaikum,

Tak ramai yang kenal Imad Aqel. Namanya disebut-sebut di kalangan mujahid di Gaza. Movie mengenai Imad Aqil yang dihasilkan di Gaza :

Imaq Aqil Movie – Part 1
Imaq Aqil Movie – Part 2
Imaq Aqil Movie – Part 3
Imaq Aqil Movie – Part 4
Imaq Aqil Movie – Part 5
Imaq Aqil Movie – Part 6
Imaq Aqil Movie – Part 7
Imaq Aqil Movie – Part 8
Imaq Aqil Movie – Part 9
Imaq Aqil Movie – Part 10
Imaq Aqil Movie – Part 11
Imaq Aqil Movie – Part 12
Imaq Aqil Movie – Part 13
Imaq Aqil Movie – Part 14 
Imaq Aqil Movie – Part 15
Imaq Aqil Movie – Part 16

Biografi ringkasnya akan ku sertakan kemudian.

AH
16  Julai 2012, 7.04 pagi
Somewhere in France

Hasan Al-Banna Memeningkan Kepalaku

Assalamualaikum,

Suatu hari, Imam As-Shahid Hasan Al-Banna ingin meninggalkan rumah kerana urusan dakwah ketika anaknya demam panas.

“Haruskah kau pergi padahal anak kita demamnya sangat teruk?”, tanya isterinya.

Lalu Hasan Al-Banna bertanya kembali, “Kalau aku tidak pergi, apakah anak kita menjadi sembuh?”

“Tidak,” kata si isteri.
“Tapi bagaimana jika ia meninggal?” tanya isterinya lagi.

“Datuknya lebih tahu bagaimana cara memandikan dan mengkafankannya.” balas Hasan Al-Banna.

Pening… pening.

“Hai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang rugi.” Al-Munafiqun, ayat 9

AH
14 Julai 2012, 1.09 pagi
Somewhere in France

Rinduku Pada Dua Orang Ikhwah

Assalamualaikum,

Dah tengah malam. Tak boleh tidur pula. HuHu

Dah hampir setahun lebih semuanya berlalu. Setiap masa yang berlalu mengingatkan ku kepada mereka berdua.
Doa dan harapanku, semoga dapat beraksi kembali bersama mereka.

Hebat dan kencang serangan mereka di medan.
Banyak manfaat pada umat ini.

Salah seorang akh tersebut ada di dalam video ini.
Seorang lagi tidak ada dalam video ini. Tapi dialah yang paling aku sayang di antara keduanya..

Sungguh aku rindu akan aksi-aksi mereka di medan.
Ya ALLAH, kabulkanlah permintaanku ini ….

AH
8 Julai 2012, 1.47 malam
Somewhere in France

Perang Yarmuk (معركه اليرموك)

Assalamualaikum,

Diketuai oleh Khalid Al Walid.
Menjatuhkan Rom dalam masa yang singkat.
Dengan hanya 40 000 tentera yang berdepan dengan 400 000 ribu tentera Rom.

AH
3 Mei 2012, 12.24 malam
Somewhere in France

Fasa Yang Baru

Assalamualaikum,

26/4/ 2012, berlakunya sesuatu yang baru untuk ku. Tidak ku lihat pada luaran. Kerana telah pun ku ketahui.

Yang sering terlintas di fikiranku, bagaimana dengan amalku?

Sebenarnya para ikhwan ini yang kita guna maudhu’ mereka itu, tarbiyah mereka tidaklah berlainan. Ia seperti kita juga. Usrahnya, tamrinnya, katibahnya, daurahnya, rehlahnya dan berbagai lagi sebiji macam kita. Cumanya mereka amat berdisplin sehingga cepat mereka mendarah dagingkan 10 muwasofat tarbiyah yang difahami mereka. Sebab itu mereka laju dari satu tahapan ke satu tahapan tarbiyah yang lain yang digariskan oleh qiyadah mereka. Malah bukan tahapan tarbiyah saja, malah tahapan iman kepada Allah pun mereka jaga muwasofatnya.

Kita?

Semua dah khatam ke 10 muwasaffat tarbiyah tu?Source

Rasa bersalahku pada semua.
Terima kasih pada yang masih bersabar.

 

AH
27 April 2012, 1.17 pagi
Somewhere in France