Archive for the 'takrif' Category

Dokumentari Tentang Brigade Al-Qassam

Assalamualaikum,

Telah lama ku impikan ada team penterjemah yang akan menterjemah ke dalam bahasa melayu video dokumentari tentang gerakan HAMAS dan sayap tenteranya iaitu Brigade Al-Qassam.

Di kalangan pembaca, ada yang ingin menterjemah video ini?

Video ini sangat boleh mendekatkan lagi kesedaran rakyat Malaysia dengan masalah Palestin yang diperjuangkan oleh gerakan islam di Palestin khususnya.

Jika ada yang berminat, hubungi saya dengan tinggalkan komen pada post ini.
Saya mempunyai kemampuan untuk viralkan video ini di internet.

AH
10 September 2014, 10.23 malam
Somewhere in France

Antara Alat Dan Matlamat

Assalamualaikum,

Hati-hati dengan apa yang kita jadikan sebagai prinsip.

Alat bukan prinsip.
Matlamat ialah prinsip.

Apabila alat menjadi prinsip, maka alat sudah menjadi matlamat.
Apabila alat sudah menjadi matlamat, maka kita telah diperalatkan oleh alat.

#1 – Ada golongan yang guna alat yang sama, matlamat yang sama.
#2 – Ada golongan yang guna alat yang sama, tapi matlamat yang berbeza.
#3 – Ada golongan yang pegang matlamat yang sama, tapi alat yang berbeza.
#4 – Ada golongan yang pegang matlamat yang berbeza, alat yang berbeza.

Soalan yang mungkin menarik untuk dibincangkan bersama :

1. PAS dan UMNO, kelompok #1, #2, #3 atau #4?
2. PAS dan DAP,  kelompok #1, #2, #3 atau #4?
3. PAS dan PKR,  kelompok #1, #2, #3 atau #4?
4. PAS dan IKRAM, kelompok #1, #2, #3 atau #4?
5. PAS dan ISMA, kelompok #1, #2, #3 atau #4?
6. PAS dan PAKSI, kelompok #1, #2, #3 atau #4?
7. PAS dan HALUAN, kelompok #1, #2, #3 atau #4?
8. IKRAM dan ISMA, kelompok #1, #2, #3 atau #4?
9. IKRAM dan PAKSI, kelompok #1, #2, #3 atau #4?
10. IKRAM dan HALUAN, kelompok #1, #2, #3 atau #4?
11. PAS dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
12. UMNO dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
13. IKRAM dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
14. PAKSI dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
15. ISMA dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
16. HALUAN dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
17. Politik dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
18. Jemaah dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
19. Melayu dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
20. Kaum dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
21. Warna kulit dan ALLAH : mana satu alat, mana satu matlamat?
22. PASUMNOPKR dan (sila tambah parti/kumpulan lain) : alat atau matlamat?

Apabila alat sudah menjadi matlamat, maka kita telah diperalatkan oleh alat.
Rasulullah banyak sibuk dengan matlamat, kurang sikit bermain dengan alat.

Tapi aku tak kata, tanpa alat kita boleh capai matlamat. HuHu

AH
29 Mac 2011, 10.04 malam
Kuala Lumpur, Malaysia

Palestin & Malaysia

Assalamualaikum,

Nampak macam kelibat orang lama…

Bukan senang nak istiqamah.
Balik nanti jangan lupa ziarah.
Banyak-banyak ambil ibrah.

AH
9 Jun 2010, 6.25 pagi
Nice, France

Pertanyaan Dari Pembaca X

Assalamualaikum,

Makin menarik blog ni. Mungkin nanti kena create ruangan “Surat Dari Pembaca”. LoL.

Copy paste dari Inbox FB (nama asal ditukar kepada => Pembaca X) :

assalamualaikum,,hmmm

lama jugak sy nak berfikir sblum anta msg ni..sy xtau nak tulis cmne..takut idea x sampai……..

ok…straight to the point..

sy dh ikut blog kamu sejak beberapa waktu dulu..till now..blh dikatakan penulisan kamu menjadi antara bahan yg saya suka utk baca..lebih2 lagi apabila kamu begitu kerap memberi ’semangat’ terhadap penulisan kamu mengenai dakwah….
kadangkala, pabila sy mula letih ketika dibebani dgn kerja dan tugas, tidak kira akademik@ kerja2 di luar akademik, dtg artikel2 kamu yg menarik…..alhamdulillah, tika di saat ini ramai yg memikirkan begitu kurang insan yg memperjuangkn islam, sy rasa seronok melihat ada sahabat2 yg masih teguh meneruskan perjuangan,..tidak kira di msia@luar negara….
semoga kita semua akan istiqamah….

tapi, ada 1 perkara yg sy mmg x faham…sy slalu cuba nak comment kat blog kamu, tapi x dpt..nanti die akan klua kosong…geram kadang2…smpi 1 masa, sy blur..tambah2 sy mmg x pandai sgt tenet2 ni….padahal saya rasa mmg tengah nak komen sgt masa tu..ke memang setting die camtu?? memang sy blur..hmmm..

secara jujurnya,, sy rasa nk lebih kenal kamu…wpun kamu tulis kamu skema, kelihatan ganas, dan byk lagi (baru baca kat caption fb),,sy nak kenal kamu..anggap niat utk berkenalan kita kerana Allah. Dia Maha Mengetahui. setelah saya lama memikir, doa…ini bagi sy jalan terbaik..tapi sy mahu taaruf dulu..

semua bergantung pada kamu..

p/s: dekat 20 min nak taip message ni.. (jgn gelak ye)… lg 1, jgn lupa tlg gtau saya cara nak bagi comment kat blog kamu, sbb saya memang suka men’comment’ kt blog orang

 

salam perkenalan,
Pembaca X

-suka berkongsi ilmu dgn orang yg suka ilmu-

Ok ini jawapannya…

Cara Nak Komen Kat Blog Ni

1. Klik tajuk artikel.
2. Isi ruangan Comment, Name dan Mail.
3. Taip balik perkataan yang tertera pada Captcha.
4. Klik Submit.
5. Siap!

Hal Taaruf

Kalau nak taaruf, sila rujuk pada mas’ulah Pembaca X (kalau takde lagi, sila cari sorang). Kalau nak taaruf secara direct dengan saya, tak boleh kot. Memang takde faedah dan mencari nahas! HaHa.

Semoga ada ibrah untuk kita semua.

“…. Apabila kamu meminta sesuatu kepada mereka, maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka….” – Al Ahzab, ayat 53

AH
19 April 2010, 11.53 pagi
Somewhere in France