Archive for the 'cerita ceriti' Category

Cerita Ceriti Tarbiyah Ramadhan

Assalamualaikum,

Ramadhan tahun ini telah berlalu. Alhamdulillah ia yang terbaik berbanding sebelum ini dalam hidupku. Kali ini aku belajar konsisten dalam beramal. Meskipun sedikit.

Ada beza antara orang yang konsisten tilawah Al-Quran satu juzuk sehari…
jika dibandingkan dengan orang yang tilawah Al-Quran secara tidak konsisten…

Tapi kedua-duanya khatam juga pada akhir Ramadan
Cuma orang yang tidak konsisten merasa penat dan lelah untuk mujahadah memecut pada masa tertentu
Orang yang konsisten terasa mudah kerana telah mendapat momentum

Mana yang akan istiqamah?
Tentu yang konsisten
Berbanding yang naik turun amalnya

Ada lagi satu pelajaran yang ku kutip tahun ini…
Iaitu mereka yang berjaya ialah mereka yang sentiasa jelas dengan objektif yang hendak dicapainya, sentiasa memperbaiki diri dan persekitarannya, serta sentiasa bekerja hari demi hari tanpa putus asa.

Bentuk mudahnya…

1) Hadaf
2) Takwin
3) Amal yang berterusan

Semoga ada tiga ciri-ciri ini dalam diri kita.

Dan ingat…!
Di dalam diri kita, sentiasa tanam sikap sabar dan saling menjaga ukhuwwah.

Dan ingat…!
Sehebat mana pun kita…
Jadilah jundi dan qoid yang baik
Kedua-duanya!
Boleh disusun dan menyusun
Sentiasa menjaga prinsip amal jamaie
Sentiasa menjaga akhlak

Ikhwah akhawat di Mesir telah dan sedang membuktikannya.

AH
8 Ogos 2013, 3.27 pagi
Somewhere in Malaysia

Buat Saudaraku Yang Telah Lama

Assalamualaikum,

Ku tulis puisi ini sewaktu bermusafir keseorangan untuk mengisi daurah.
Ku bacakan puisi ini di suatu muktamar tahunan segerombolan penggerak.

Salah satu janjiku pada seorang syeikh.
Sebagai balasan kepada nyanyian nasyidnya di suatu majlis.
Nasyid perjuangan, rindu dan kesabaran.

================================

Buat saudaraku yang telah lama

Ku bawakan puisi ringkas ini
Untuk saling mengingatkan diri ku dan dirimu
Sebagai tanda cinta diriku pada mu

Wahai saudaraku yang telah lama

Sungguh…aku sangat mencintamu
Kerana dirimu… batu bata dakwah ini
Kerana dirimu terletak harapan umat ini
Kerana dirimu penguat diriku ini
Kerana sebenarnya tiada ‘aku’ dan ‘kamu’
Kerana sebenarnya kita ibarat satu
Kerana kita…. penyelamat umat ini

Buat saudaraku yang telah lama
Hakikatnya kita sedang bertatih dan belajar
Apabila melangkah, pasti akan berlaku khilaf
Lapangkan dadamu, kuatkan husnuzhon mu
Buangkan egomu dan belajarlah dari kesilapan
Akuilah kesalahan dan perbaikilah
Peliharah ukhuwwah sesama kita
Kerana ia adalah salah satu tiang asas kemenangan islam

Buat saudaraku yang telah lama
Agenda mu agenda islam
Tegakkan islam di dalam dirimu
Pasti tertegak islam di sekelilingmu
Dekatkan dirimu pada rabb mu
Di mana posisi, beramallah
Di mana kedudukan, tegarlah
Di waktu malam, bangkitlah
Bekal kita, solat malam dan al-quran

Buat saudaraku yang telah lama
Masih ingatkah dikau di awal hidayahmu?
Melompat bersemangat penuh izzah
Bergerak kencang seperti pemuda penuh hamasah

Buat saudaraku yang telah lama
Aku menulis semua ini dengan penuh rasa berat
Kerana peringatan ini lebih dekat padaku berbanding dirimu
Tetapi ku gagahkan jua
Untuk kita renung kembali titik asal kita
Untuk muhasabah kembali hamasah kita
Agar kita kembali ke asolah kita
Agar terus kencang langkah-langkah kita

Ya ALLAH eratkanlah ukhuwwah ini
Ya ALLAH menangkan islam dengan tangan-tangan kami
Ya ALLAH kurniakan kami syahid di jalan dakwah ini

AH
21 Julai 2013, 1.46 petang
Somewhere in France

Qaedah Sulbah Ekonomi

Assalamualaikum,

Aku terbaca statistik ini di suatu blog :

1) <5% dari orang melayu islam berniaga

2) Dalam 5% itu, 80% adalah peniaga pasar malam, peruncit, pengusaha restoran, peniaga gerai, peniaga buah dan lain-lain seumpama dengannya.

3) Melayu islam hanya terlibat sebanyak <15% dalam IKS.

Bukan sesuatu yang baru bagiku. Aku juga merasakan ini juga bukan sesuatu yang baru bagi kita semua, orang islam di Malaysia yang berstatus melayu bumiputera.

Semua orang telah mengetahuinya. Ada juga yang telah mengambil langkah untuk mengatasi kekurangan ini.

MARA
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Skim pinjaman
Pelbagai kemudahan khusus
Seminar- seminar percuma
Seminar berbayar
Sistem mentor-mentee
Dan macam-macam lagi…

Tapi mengapa angka ini tidak jauh berganjak ke hadapan?
Mengapa saban masa, kita mengulangi statistik dan komplen yang sama?

Ikhwah akhawat seharusnya mengambil peluang ini.
Fiqh dakwah yang sama kita gunapakai di medan yang baru.

Seperti mana kita mampu mentarbiyah manusia yang sarat dengan jahiliyah, sehingga melahirkan manusia yang gilakan dakwah… begitulah juga kita juga mampu mentarbiyah manusia yang hidup menjadi hamba tauke-tauke besar sehingga mampu menjadi penentu UTAMA ekonomi Malaysia dan dunia satu hari nanti.

Cabaran tetap ada.
Lagi-lagi perkara baru yang kelihatan masih samar-samar pada pandangan KITA.

Orang yang hebat dalam dakwahnya dan hebat juga dalam bisnesnya.
Masanya fleksibel.
Infaqnya bila-bila masa apabila dakwah memerlukan.
Dia yang membentuk suasana ekonomi baru ke arah islam.
Dakwah ini mandiri dan bergerak secara profesional tanpa bantuan luar.

Fathullah Gulen telah mengasaskannya di Turki.
Aku memilih untuk melalui jalan ini walaupun penuh dengan rintangan.

Siapakah yang ingin bersama-sama melakukan “bidaah” ini di saat semua orang mengikut mainstream sedia ada – bekerja makan gaji dan masanya disusun habis-habisan oleh majikannya?

Siapakah yang ingin menjadi as sabiqun al awwalun dalam perkara ini? …menjadikan perkara ini mainstream pada suatu masa nanti.

QS ekonomi… satu impian yang pasti!

AH
19  Julai 2013, 6.24 petang
Somewhere in France

Sebaik-baik Perkataan

Assalamualaikum,

Ucapkanlah perkataan yang lebih baik.
Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka.

Aku yang masih mencuba…

“Syaitan menggunakan pertuturan dan lafaz kamu untuk menimbulkan perselisihan”

AH
14 Mei 2013, 2.09 petang
Somewhere in France

Kalau Kita Betul-Betul Nak….

Assalamualaikum,

Kalau betul-betul NAK…

Pasti seribu daya…

Mungkin tak berdaya..
Sebab memang tak nak
Atau tak betul-betul nak..

AH
21 April 2013, 1.30 petang
Somewhere in France

Puisiku Untuk Duat Kehidupan Herba

Assalamualaikum,

Sibuk besarkan, kempiskan badan?
Fikiran anda berlegar-legar di situ sehingga terlupa awlawiyat?
Duit anda habis ke situ mengatasi komitmen infaq anda?

Qowiyyul jismi bukan pada paras rupa.
Tapi pada amal yang terhasil dari jasadmu.

Sibuk dengan jasad?
Adakah anda sesibuk itu untuk ruh mu?

Berapa komitmen infaq bulanan untuk ruh mu?
Berapa kali anda ‘timbang’ berat imanmu?
Berapa banyak kali anda fikirkan masalah ruhmu?

Atau masih sibuk dengan makanan?
Masih sibuk dengan berat?
Masih sibuk dengan muscle sana sini?

Kelak di hadapan ALLAH..bagaimana?

Mau katakan…ya ALLAH, berat ku sangat ideal, masukkan ku ke syurga!
Mau katakan…ya ALLAH, ototku ideal, masukkan ku ke syurga!
Mau katakan…ya ALLAH, infaq ku cukup banyak pada kampeni itu, inilah pengorbananku untuk umat!

Mungkin direct dan pedas.
Untuk peringatan semua…
Yang kadang tertipu..
Mana satu ALAT, mana satu MATLAMAT

Asalnya nak jadi ALAT
Tapi ALAT bertukar jadi MATLAMAT

Buktinya pada amalmu..
Pada komitmen ‘infaq’ mu pada kampeni itu.
Pada fikiranmu yang berpusing-pusing ke arah itu
Pada perbualanmu yang acap kali berpusing-pusing di situ

Sedangkan ruh dan amal dakwi mu..
Sudah tidak lagi menjadi priority
Dalam fikir, cakap dan perbuatan seharian mu.

AH
17 April 2013, 11.38 malam
Somewhere in France

Badanku Penat… Tapi…

Assalamualaikum

…. fikiranku tak boleh tidur. Sudah pukul 2.08 pagi, berlegar-legar memikir nasib seorang akh. Akh ini ada masalah berat.

Pendapatan bulanannya, minimum RM 2 juta…
Iyee…. RM 2 juta setiap bulan… bersamaan dengan RM24 juta setahun

Tapi…
dia tidak mampu menyimpan…
kerana semua duitnya dibelanjakan..
majoriti bukan ke poket dakwah pula tu…
dan masuk banyak ke kocek-kocek orang bukan islam

Arghhh…..! Gila bukan?

Ah..memang gila akh itu…
Aku yang memikirkannya terasa lebih gila..

Sehingga tak boleh tidur sehingga kini..
Macamana nak selamatkan akh ini secepat mungkin?

Orang beriman dengan orang beriman yang lain itu adalah seperti satu jasad…” – Hadis

AH
22 Februari 2013, 2.14 pagi
Somewhere in France

Kalau Kita Banyak Kerja…

Assalamualaikum,

Pesan seseorang…
Kalau kita banyak kerja dan macam serabut tak tahu nak mula mana satu…

1) Senaraikan semua kerja yang ada.
2) Buat satu persatu dan pangkah kalau dah siap.
3) Kalau satu kerja itu terlalu banyak, pecahkan kepada beberapa bahagian.
4) Kalau kerja mudah, tetapi banyak dan leceh, maka buat jelah dengan penuh mujahadah

Inilah caraku memujuk diriku sendiri di kala semua benda yang mudah tapi amat melecehkan datang menimpa.

Aaaaaaaaaaaaa…………

AH
5 Februari 2013, 1.16 pagi
Somewhere in France

Belajar Bahasa Arab Sikit-Sikit

Assalamualaikum,

Aku baru pulang memberi taujih di kalangan mereka yang berlatarbelakangkan agama. Kitab-kitab arab menjadi mainan mereka setiap hari. Sementara aku baru tahu sikit-sikit. HuHu.

Potensi yang ada pada mereka sangat besar. Begitu juga , harapan ku pada mereka.

100 asatizah sudah cukup untuk mendatangkan arus islam yang sangat besar di Malaysia. Sekiranya mereka adalah orang yang faham

Seusai daurah, ku minta mereka tuliskan apa azam pada diri mereka selepas ini.
Antara yang menarik perhatian ku ialah ..

“Azam : Translate berita, artikel dalam arab ke melayu tentang keadaan semasa umat islam”

Bestnya kalau semua produk-produk sekolah agama memahami marahil dakwah ini…

AH
29 Januari 2013, 12.39 pagi
Somewhere in France

Dakwah Ini, Dakwah Kasih Sayang

Assalamualaikum,

Terfikir mereka yang islamik tapi keras dan kasar dalam nasihat-nasihatnya.
Adakah semuanya patut seperti Saiyyidina Uthman dalam segala hal?

Umar Al-Khattab menunjukkan kita akan sempadannya.
Berkeraslah untuk diri sendiri dan berlembutlah dengan orang lain.

Nahnu nuqaatil annas bil hub…
Kita menakluk manusia dengan cinta

AH
18 Disember 2012, 1.25 pagi
Somewhere in France