Buat Saudaraku Yang Telah Lama

Assalamualaikum,

Ku tulis puisi ini sewaktu bermusafir keseorangan untuk mengisi daurah.
Ku bacakan puisi ini di suatu muktamar tahunan segerombolan penggerak.

Salah satu janjiku pada seorang syeikh.
Sebagai balasan kepada nyanyian nasyidnya di suatu majlis.
Nasyid perjuangan, rindu dan kesabaran.

================================

Buat saudaraku yang telah lama

Ku bawakan puisi ringkas ini
Untuk saling mengingatkan diri ku dan dirimu
Sebagai tanda cinta diriku pada mu

Wahai saudaraku yang telah lama

Sungguh…aku sangat mencintamu
Kerana dirimu… batu bata dakwah ini
Kerana dirimu terletak harapan umat ini
Kerana dirimu penguat diriku ini
Kerana sebenarnya tiada ‘aku’ dan ‘kamu’
Kerana sebenarnya kita ibarat satu
Kerana kita…. penyelamat umat ini

Buat saudaraku yang telah lama
Hakikatnya kita sedang bertatih dan belajar
Apabila melangkah, pasti akan berlaku khilaf
Lapangkan dadamu, kuatkan husnuzhon mu
Buangkan egomu dan belajarlah dari kesilapan
Akuilah kesalahan dan perbaikilah
Peliharah ukhuwwah sesama kita
Kerana ia adalah salah satu tiang asas kemenangan islam

Buat saudaraku yang telah lama
Agenda mu agenda islam
Tegakkan islam di dalam dirimu
Pasti tertegak islam di sekelilingmu
Dekatkan dirimu pada rabb mu
Di mana posisi, beramallah
Di mana kedudukan, tegarlah
Di waktu malam, bangkitlah
Bekal kita, solat malam dan al-quran

Buat saudaraku yang telah lama
Masih ingatkah dikau di awal hidayahmu?
Melompat bersemangat penuh izzah
Bergerak kencang seperti pemuda penuh hamasah

Buat saudaraku yang telah lama
Aku menulis semua ini dengan penuh rasa berat
Kerana peringatan ini lebih dekat padaku berbanding dirimu
Tetapi ku gagahkan jua
Untuk kita renung kembali titik asal kita
Untuk muhasabah kembali hamasah kita
Agar kita kembali ke asolah kita
Agar terus kencang langkah-langkah kita

Ya ALLAH eratkanlah ukhuwwah ini
Ya ALLAH menangkan islam dengan tangan-tangan kami
Ya ALLAH kurniakan kami syahid di jalan dakwah ini

AH
21 Julai 2013, 1.46 petang
Somewhere in France

0 Responses to “Buat Saudaraku Yang Telah Lama”


  • No Comments

Leave a Reply