Biskut Ikram

Assalamualaikum,

Generasi awal pasti sudah lama mengimpikannya. Yang masih baru pun pasti sudah merasa ruhnya. Ruhnya sudah mula tersebar di seluruh dunia sebelum 20 Jun 2010 lagi.


Malaysia, 1/11/2009

Ada orang jumpa di Turki, 12/10/2009

Ada yang jumpa, sayang sangat sampai dah expired pun tak makan-makan lagi. HaHa

Terjumpa banyak perisa sewaktu bermusafir somewhere on earth. HuHu

Diingatkan pada diriku dan kita semua, jangan terlalu bermegah dengan namanya. Kerana nilai sebenar ialah pada qudwah ahlinya.

Qudwah sesama ahli. Qudwah pada masyarakat yang melihat. Sebagaimana ‘live testimonial’ yang pernah ku dengar daripada orang awam negeri seberang yang belajar di tempatku, yang melihat qudwah ahli PKS…

“Oh, orang bilang PKS itu parti para malaikat. Yang dipilih untuk bertanding itu pastinya track record dan pekertinya amat baik sekali. Luar biasa sekali recruiting dan management nya”


Biarlah amal kita yang mendahului namanya.

Apa yang ku dapat di dalam mentadabbur sirah, setiap kali berlakunya peristiwa-peristiwa besar, pasti mehnahnya lebih berat dan jauh lagi mencabar dari sebelumnya.

Akan ada tapisan dari ALLAH untuk menguji siapa yang sebenarnya ikhlas. Ada yang seperti air, masih mampu keluar dari jaring tapisan. Ada yang seperti serbuk teh, terperangkap pada jaring tapisan dan dibuang ke dalam tong sampah sebagai sisa.

Siapa yang tak berasa seronok bekerja di mehwar taksis? Aman, tiada halangan yang nyata, tiada fitnah-fitnah khariji, kita mampu bergerak ke mana-mana sahaja tanpa dipantau, tiada sangka-sangkaan orang.

Sekarang, pandangan masyarakat perlu diambil kira. Amal qawiyy & amal dhaif perlu dikaji lebih mendalam setiap masa. Tidak jumud. Tak semestinya yang dikatakan dhaif pada satu-satu masa, menjadi dhaif setiap masa. Begitu juga sebaliknya.

Perlunya ada satu kefahaman yang jelas dan pemikiran yang matang dalam meletakkan priority antara aktiviti tarbiyah dan aktiviti mengembangkan dakwah.

Kita masih lagi takwin centric. Tetapi takwin centric bukan bermaksud meletakkan SEMUA amal takrif adalah amal dhaif apabila bertembung dengan amal takwin pada setiap masa. Juga tidak bermaksud apabila sudah berlakunya perubahan mehwar, kerja-kerja takwin sudah bukan lagi priority no 1.

Kalau ingin diikutkan ke”selesa”an, pastinya ingin ku terus bergerak seperti di mehwar taksis pada setiap masa. Hampir keseluruhan masaku bergelumang dengan mereka yang menyerahkan diri pada tarbiyah. Mereka yang mudah dibentuk, takdelah macam-macam sangat kerenahnya. HuHu.

Tapi dakwah akan terus menderu laju…

Sehingga kita terpaksa berhadapan dengan perkara yang cukup melelahkan. Mencabar kemampuan kita sedia ada. Memaksa kita meningkatkan kemampuan diri untuk menanggung tanggungjawab yang semakin bertambah, medan yang semakin meluas serta mad’u yang ramai dan pelbagai.

Pastinya keputusan yang diambil telah dibincangkan setelah sekian lama. Mungkin tenaga yang ada masih tidak mencukupi pada zahirnya, tetapi ada golongan yang terpaksa berkorban menanggung bebanan lebih disebabkan tuntutan dakwah pada masa kini. Akan berlaku perahan tenaga yang berpusat pada golongan tertentu di dalam jemaah. Mungkin…

Lalu sudah menjadi tanggungjawab kita meningkatkan isti’ab kita dan binaan kita. Isti’ab nazhori, isti’ab maknawi, isti’ab amali. Kerana bebanan dakwah ini perlu dikongsi bersama, bukan ditimpakan pada golongan-golongan tertentu manakala sebahagian yang lain sekadar berbangga dengan output golongan tersebut.

Setiap dari kita perlu kreatif dalam mengaplikasikan manhaj. Bukan mengikut sahaja apa yang diterima, menunggu-nunggu arahan sebelum bertindak, tidak mampu mengeluarkan inisiatif sendiri untuk bergerak mengikut acuan jemaah.

Tidak lupa juga, jangan terlalu izzah dengan nama. Sehinggakan izzah pada nama itu mengatasi izzah kita pada islam, izzah kita pada al-Quran dan hadis sebagai petunjuk kita.

Izzahlah pada amal kita. Bukan riya’ pada manusia, tetapi sebagai bukti jelas yang ALLAH itu satu-satunya tujuan kita, Rasulullah itu qudwah ikutan kita, Al-Quran undang-undang kita, jihad adalah satu-satunya jalan kita dan syahid adalah cita-cita kita yang utama.

Jadikanlah ini semua KEWAJIBAN kita.

1) Membaca Al-Quran setiap hari (minimum 1 juz sehari)
2) Banyak membaca sirah, hadis, aqidah, fiqh dan lain-lain.
3) Jaga kesihatan.
4) Jauhi minuman dan merokok yang menjejas kesihatan.
5) Sentiasa berada dalam kebersihan.
6) Tak bercakap bohong.
7) Tak mungkir janji.
8 ) Berani.
9) Jaga kehormatan diri.
10) Bersifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
11) Adil dalam semua keadaan.
12) Aktif dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
13) Miliki sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
14) Mahir dan banyak membaca dan menulis.
15) Cuba untuk mempunyai perniagaan sendiri.
16) Sentiasa cuba untuk bekerja sendiri berbanding makan gaji kerajaan.
17) Cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
18) Bersegera menunaikan hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
19) Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
20) Jauhi riba.
21) Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
22) Peruntukkan duit untuk dakwah dan orang yang memerlukan.
23) Simpan duit untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
24) Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya barat.
25) Jauh diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
26) Dekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
27) Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
28) Solat dengan sempurna, secara berjemaah di masjid.
29) Tunaikan puasa Ramadan dan haji tanpa lengah jika telah mampu.
30) Sentiasa rindu jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
31) Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
32) Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
33) Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
34) Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
35) Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
36) Saling berkenalan dan membantu dengan pendukung-pendukung Islam.
37) Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
38) Berfikir dan berusaha menjayakan dakwah dalam masyarakat.

Justeru, amal-amal kitalah yang akan menampakkan siapa kita yang sebenarnya. Nama hanya sekadar nama. Amal yang terlebih dahulu terpampang jelas sebelum namanya.

Seorang syeikh menggambarkan kewujudan kita ini bukan sekadar mengelola aktiviti-aktiviti tertentu, ataupun memberi sumbangan tertentu kepada masyarakat dan negara. Bahkan kita adalah ruh baru yang meresap dan mengalir ke dalam tubuh umat ini…

“Wahai saudaraku! Kamu bukan persatuan kebajikanbukan parti politikbukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran!

Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw.

Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Ke arah mana kamu berdakwah?”.

Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”.

Aku memang nak pergi, tapi apa boleh buat… tugas di sini menghalangku. Tapi ruhku pasti bersama kalian walau di mana aku berada, setiap masa… dalam jaga dan tidurku.

Dan aku masih di sini, memegang salah satu dari tiang-tiang dakwah yang kita perjuangkan bersama di seluruh dunia. Mempersiapkan ruh-ruh baru bertaraf mujahid untuk membantu kalian di Malaysia.

… Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu… – Al Hadid, ayat 10

AH
20 Jun 2010, 1.03 pagi
Nice, France

0 Responses to “Biskut Ikram”


  • No Comments

Leave a Reply