Monthly Archive for December, 2012

Kuasai Framework Dakwahmu!

Assalamualaikum,

Penggerak di setiap tempat seharusnya menguasai prinsip-prinsip asas dakwah kita.
Mengenal perkara yang tsawabit dan mutaghoyyirat.
Membezakan antara perkara prinsip dan waqi’i.

Setiap penggerak seharusnya mempunyai framework yang sama.
Skop pemikiran yang luas.
Peka dalam setiap gerak kerja.

Bukan mengikut-ngikut saja gerak kerja generasi sebelum-sebelumnya tanpa mengetahui asbab, waqi’ dan prinsip di sebaliknya.
Jadilah qiyadah yang peka dan proaktif!
Bukan qiyadah copy paste.

“Tak silap aku naqib aku buat camni dulu. So kita buatlah benda sama”
“Kita ditarbiyah dulu macamana ek? So kita ikut je”
“Aku tengok ikhwah negara sana buat macam ni. So kenapa kita tak buat juga benda sama?”
“Kalau tengok kerja kita dulu-dulu. Sekarang ni kita patutnya dah takde kerja sangat sebab dah capai apa yang dibuat dulu”

Mengapa naqib / qiyadah anda buat begitu suatu masa dulu?
Adakah itu fasa ideal atau fasa darurat?

Adakah fasa anda masih fasa darurat?
Adakah anda selama-lamanya ingin berada dalam fasa darurat?
Adakah” ideal” pada pandangan anda ialah gerak kerja fasa darurat?

Baca ya ikhwah!
Jangan malas baca!
Kuasai prinsip-prinsip dakwahmu.

Fikir ya ikhwah!
Jangan malas fikir!
Manfaatkan framework dakwahmu ke dalam realiti semasa.

Peka ya ikhwah!
Jangan culas atau acuh tak acuh melihat para junud bekerja.
Kejar yang ideal untuk melaju terus memukul medan baru yang lebih mencabar nanti!

Kita bukan sekadar berpuas hati melihat segalanya telah majoriti dan mainstream.
Medan ini medan sementara. Mempersiap mujahid yang rakus dan buas menghentak jahiliyah. Medan utama sepulangnya kita di sana.

Fasa darurat telah berlalu di kebanyakan tempat. Mari kejar yang ideal!
Ya, tarbiyah dan dakwah yang ideal!

AH
21 Disember 2012, 11.21 pagi
Somewhere in France

Orang Hebat

Assalamualaikum,

Kongsi kata-kata semangat dari seorang syeikh.

Orang hebat sentiasa melihat kejayaan adalah suatu yang amat hampir.
Dalam hidupnya tiada istilah ’halangan’.
Semuanya menjadi ‘peluang’.

Hidupnya penuh dengan positif.
Hidupnya tidak dibelenggu ikatan ‘alasan’.
Kecewa dan putus asa bukan pakaian hidupnya.

Anda hebat!
Kenapa hebat?

.. kerana anda hasil saringan jutaan benih yg telah dipilih Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini. Allah tidak akan memilih anda jika anda tidak mampu!

Jangan sia-siakan pilihan Allah..
Jangan turuti bisikan negatif
Jangan tertipu dengan rasa lemah diri.. bangkitlah !

Anda mampu wahai saudaraku..!
Usaha sungguh-sungguh
Doa sungguh-sungguh
Tawakal sungguh-sungguh..

Anda manusia bertuah pilihan Allah !!

Qa’qa ibnu Amr Al Tamimi beraksi di medan Yarmuk.
Seorang tentera ibarat satu batalion seperti yang dikatakan Abu Bakar.

AH
21 Disember 2012, 12.40 pagi
Somewhere in France

Dakwah Ini, Dakwah Kasih Sayang

Assalamualaikum,

Terfikir mereka yang islamik tapi keras dan kasar dalam nasihat-nasihatnya.
Adakah semuanya patut seperti Saiyyidina Uthman dalam segala hal?

Umar Al-Khattab menunjukkan kita akan sempadannya.
Berkeraslah untuk diri sendiri dan berlembutlah dengan orang lain.

Nahnu nuqaatil annas bil hub…
Kita menakluk manusia dengan cinta

AH
18 Disember 2012, 1.25 pagi
Somewhere in France

Hakikat Jalan Dakwah

Assalamualaikum,

Kadang-kadang perasaan letih dan kecewa membuatkan langkah kita lesu.

Kemudian datang peringatan buat diriku dari seorang akh. Bahawa islam pasti akan menang, sama ada sekarang atau kemudian hari.

Lalu aku melihat di banyak tempat, gerakan islam semakin maju setapak demi setapak ke hadapan. Dibandingkan waktu-waktu sebelum ini, gerakan islam telah banyak mencapai kemenangan-kemenangan besar yang dapat dilihat oleh manusia yang sentiasa memerhatikan.

Musuh semakin mundur dan menerima kekalahan demi kekalahan hari demi hari.

Tiba masanya untuk aku pula bertanya diriku :

“Apakah aku termasuk dalam golongan yang mara dan memukul musuh-musuh islam itu hari demi hari?”

Usiaku semakin lanjut. Apakah usiaku ini diisi dengan menambah aset-aset pahala di akhirat?

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)” – surah as-saff, ayat 8

AH
14 Disember 2012, 9.44 pagi
Somewhere in France

Apa Yang Terlintas DI Fikiranku Ketika Ini

Assalamualaikum,

Aku mendengar keluhan-keluhan manusia. Mereka kuat bekerja dengan ikhlas. Berkorban habis-habisan untuk kemenangan tanpa mengharapkan harta dan kuasa. Tapi jauh di sudut hati mereka, dapat ku rasakan kecewa dengan segelintir yang ada.

Apakah golongan itu tidak faham?
Apakah mereka tidak nampak?
Atau mereka nampak tapi tidak menghargai?

Aku cuba meletakkan diriku seperti mereka. Sudah pasti aku juga akan berasa sangat kecewa. Setiap langkah pasti terasa hampa dan meletihkan.

Kadang-kadang kita terkesan memikirkan apa yang manusia fikirkan tentang kita. Apakah mereka tidak menghargai kita?

Sekiranya kita bekerja dengan mengharap kepada sesuatu di dunia ini, meskipun sekadar penghargaan kecil… suatu hari nanti kita pasti kecewa
Apa yang penting ialah kita bertanya kepada diri kita sendiri…

“Apakah sumbangan aku pada agama ini?”
“Apakah kudratku telah ku kerahkan sehabisnya untuk jalan ini?”
“Adakah harta dan jiwaku sudah aku infaqkan untuk kemenangan islam?”

Biarpun manusia tidak menghargainya, kita pasti akan terus bermotivasi.
Bekerja dan terus bekerja. Mengkosongkan fikiran dari mengharap apa jua dari manusia. Penghargaan dan pandangan manusia sememangnya bukanlah penghargaan yang mutlak dan kekal.

Dan sekiranya ALLAH menghendaki, ALLAH pasti akan menangkan mereka yang bekerja seperti ini. InsyaALLAH.

Dan ketika di hadapan ALLAH, dapat kita ungkit kerja-kerja ini sebagai bukti kecintaan kita pada-Nya.

Dah lama tak menulis. Hantam sajelah. InsyaALLAH akan dapat rentak nanti. Nak tunggu perfect sampai bila pun kerja tak jalan. HuHu

AH
13 Disember 2012, 12.40 pagi
Somewhere in France