Monthly Archive for September, 2012

Membina Aset-Aset Amal

Assalamualaikum,

Saban hari kita berkhayal, mengimpikan sesuatu, berkata-kata.

Dunia sudah semakin kompleks, sehinggakan kata-kata atau khayalan tidak berlegar di bibir atau di minda sahaja. Kini khayalan boleh dilihat jelas di status Facebook, Twitter dan pelbagai lagi medium online. Kata-kata juga banyak berlegar di ruang maya berbanding secara berdepan manusia dengan manusia.

Namun ada segilintir manusia yang menterjemahkan khayalan dan kata-kata ke dunia realiti. Mereka bekerja dan terus bekerja. Kata-kata mereka ke arah kerja. Khayalan mereka diterjemahkan satu persatu sehingga khalayan menjadi kenyataan akhirnya.

Itulah yang sering kita panggil sebagai amal. Sesuatu yang boleh dilihat dan dirasai kewujudannya. Aku ingin mati meninggalkan kesan-kesan seperti ini.

Al-Banna lebih spesifik, menkategorikan amal terbahagi kepada tiga :

1. Amal
2. Jihad
3. Jihad yang muntij

Musuh-musuh islam semakin marah dan menekan kita dengan amal-amal mereka.
Sebahagian kecil dari KITA masih berpusing-pusing di medan khayal, kata-kata.
Share, Like, Retweet, Pin It dan pelbagai lagi medan untuk para duat berpusing-pusing di medan kata-kata.

Tak kurang banyak dari KITA yang tewas di medan jihad. Lari dari medan mujahadah akibat tidak dapat menahan ujian ALLAH. Duit, masa, pelajaran, mak ayah, suami, isteri, anak-anak, saudara mara, kawan-kawan lama, kerja, semuanya menekan dan terus menekan.

Ada segolongan kecil yang berada di lorong jihad yang muntij.
Bilangan mereka amat sedikit pada pandanganku. Tapi hasil mereka begitu mengagumkan.

Ya ALLAH , izinkan aku berada di lorong itu.
Semoga hari-hariku untuk jihad yang muntij.

Doakan diriku.
Mari sahut tazkirahku.

Muhasabah diri untuk amal yang dahsyat!

AH
18 September 2012, 11.42 malam
Somewhere in France

 

Majulah Hai Sahabat – Izzatul Islam

Assalamualaikum,

Untuk mereka yang sudah ‘sedikit’ lama berada di jalan ini.
Mereka yang pernah merasa senang dan gembira di jalan dakwah.
Mereka yang pernah  sedih dan menangis mengenang nasib dakwah ini.
Mereka yang pernah hampa melihat kerenah manusia umumnya,
… mahupun manusia bergelar ikhwah & akhawat.

Mereka yang cinta akan jalan yang satu ini
Mereka yang pernah kehabisan harta dan masanya untuk dakwah
Mereka yang pernah tertidur kepenatan di dalam qodoya dakwah yang panjang
Mereka yang berasa penat beramal, lalu mengingatkan diri bahawa rehatnya di syurga nanti

Inilah lagu untukmu dan untukku…
Untuk refresh balik hamasah
Untuk luruskanlah balik niat

Lirik Majulah Hai Sahabat – Izzatul Islam 

Luruskanlah niatmu… hai sahabat
Membina ummat menggapai hidayah
Tetapkan langkahmu… hai sahabat
Tapaki jalan perjuangan -2x-

Dan debu-debu jadi saksi
Peluh dan darah menghias diri
Kan tetap setia pada janji
Hingga kemenangan atau kesyahidan
Kan kau raih… nanti

Tegarlah jiwamu… hai sahabat
Usah kau ragu dengan janji Rabb-mu
Melaju menderu tanpa jemu
Runtuhkan barisan musuhmu

Makar kezaliman kian menghujam
Menggoyahkan sendi kebenaran
Bangkitlah wahai para pejuang
Satukan tekadmu hadapi musuhmu
Ayuh maju… maju… maju!!

Tetapkanlah langkahmu… hai sahabat
Tapaki jalan perjuangan…

AH
14 September 2012, 10.34 pagi
Somewhere in France