Monthly Archive for April, 2012

Fasa Yang Baru

Assalamualaikum,

26/4/ 2012, berlakunya sesuatu yang baru untuk ku. Tidak ku lihat pada luaran. Kerana telah pun ku ketahui.

Yang sering terlintas di fikiranku, bagaimana dengan amalku?

Sebenarnya para ikhwan ini yang kita guna maudhu’ mereka itu, tarbiyah mereka tidaklah berlainan. Ia seperti kita juga. Usrahnya, tamrinnya, katibahnya, daurahnya, rehlahnya dan berbagai lagi sebiji macam kita. Cumanya mereka amat berdisplin sehingga cepat mereka mendarah dagingkan 10 muwasofat tarbiyah yang difahami mereka. Sebab itu mereka laju dari satu tahapan ke satu tahapan tarbiyah yang lain yang digariskan oleh qiyadah mereka. Malah bukan tahapan tarbiyah saja, malah tahapan iman kepada Allah pun mereka jaga muwasofatnya.

Kita?

Semua dah khatam ke 10 muwasaffat tarbiyah tu?Source

Rasa bersalahku pada semua.
Terima kasih pada yang masih bersabar.

 

AH
27 April 2012, 1.17 pagi
Somewhere in France

Petani Yang Rindukan Syahid Di Abad Ke 21

Assalamualaikum,

Dengan tarbiyah, sirah Rasulullah telah berulang kembali. Peristiwa sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan meninggalkan keluarga dan hartanya telah berulang kembali di abad ke 21.

Tarbiyah ini telah terbukti berjaya mengubah manusia sekalipun seorang petani.
______

Ada sebuah kisah iaitu seorang anggota IM dari markas Basiyun yang bernama Hasan Ath-Thawil. Dia mendaftarkan namanya dalam pasukan sukarela, meninggalkan keluarga, pertanian dan segala sesuatu yang dicintainya untuk mendapatkan pahala di sisi Allah.

Bukan itu sahaja, bahkan ia menjual kerbaunya. Kerbau bagi petani bagaikan modal bagi peniaga untuk membeli senjata supaya dapat ikut berperang mempertahankan tanah suci Palestin.

Tatkala Haji Ahmad Albas, ketua daerah itu berkata kepadanya :

“Wahai Hasan, tinggalkanlah kerbau itu untuk keluargamu, cukuplah engkau telah berkorban dengan dirimu dan meletakkan nyawamu di tapak tanganmu dan kewajiban orang lainlah yang tidak berjihad dengan dirinya untuk berjihad dengan hartanya,”

Maka Hasan menjawab dengan jawapan orang yang benar-benar memahami agamanya :

“Bukankah Allah swt berfirman :

(Berjihadlah dengan dirimu)

dan firmanNya lagi :
(berjihadlah dengan hartamu dan dirimu pada jalan Allah)

Lupakah tuan akan ayat :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”At-Taubah : 111

Apakah tuan merasakan bahawa kita akan menerima sesuatu tanpa membayar harganya?”

Berhadapan dengan keteguhan iman seperti ini, Haji Ahmad Albas tidak mampu lagi menjawab.

Hasan berangkat bersama perajurit-perajurit lainnya dan kembali dengan selamat, bukan untuk dihormati dan dimuliakan tetapi untuk dimasukkan ke dalam tahanan oleh kerajaan Mesir sebagai balasan atas jasanya dalam peperangan. – source

AH
6 April 2012, 2.25 pagi
Somewhere in France