Monthly Archive for March, 2012

Ukhuwwah : Takaful Sesama Ikhwah

Assalamualaikum,

Indahnya ukhuwwah….
Yang berat terasa mudah.
Halangan yang susah diharungi bersama.
Di sepanjang perjalanan terasa indah….

____

Ada seorang pemuda yang bernama Abdul Wahab Al-Batanuni, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama di Thantha yang mempunyai kerinduan yang kuat untuk berjihad di Palestin sehingga perkara itu menjadi mimpinya di waktu malam dan buah fikirannya di waktu siang.

Keinginannya itu tidak dapat terlaksana kerana disebabkan oleh dua halangan :

PERTAMA : Ibunya yang sangat mencintai dan menyayanginya, lebih-lebih lagi setelah ayahnya meninggal. Ibunya tidak sanggup berpisah jauh daripadanya, maka bagaimana kalau ia sampai mati syahid ?

Oleh kerana itu ibunya tidak mengizinkannya berangkat dan tidak rela ia menceburkan diri ke dalam pasukan Ikhwanul muslimin sedangkan ia sangat ingin berbuat baik kepada ibunya dan menyenangkan hatinya serta tidak ingin berangkat berjihad tanpa izin dan kerelaannya.

Oleh sebab itu, beliau memanggil beberapa temannya untuk menemaninya menemui ibunya, supaya mereka berbicara dengan ibunya itu tentang keutamaan jihad, kedudukan mujahid fi sabilillah dan kisah para pahlawan muslimin serta bagaimana sikap ibu-ibu mereka dalam perkara ini.

Demikianlah teman-temannya berbicara dengan ibunya sehingga akhirnya dengan air mata bercucuran, ibunya merelakannya untuk berangkat.

KEDUA : Syarat Pejabat Pengerahan Ikhwanul Muslimin yang tidak mengizinkan pelajar sekolah menengah ikut serta sebagai perajurit sukarela kerana usianya yang masih muda.

Dalam hal ini, saudara Al-Batatuni mengharapkan supaya teman-temannya berangkat dari Thantha ke Kaherah menemui Imam Hasan Al-Banna dan meminta dengan bersungguh-sungguh kepadanya agar ia dibenarkan ikut serta dalam pasukan, apalagi ibunya telah mengizinkannya.

Maka berangkatlah ketiga-tiga temannya iaitu Yusof Al Qardhawi, Ahmad Al ‘Asal dan Muhammad Ash-Shafthawi lalu menemui Imam Hasan Al-Banna dan mengemukakan kepadanya persoalan itu.

Setelah berbicara lama, beliaupun menerima dan menyetujui keberangkatannya. Al Batanuni melonjak-lonjak kegirangan mendengar hasil keputusan yang dibawa oleh teman-temannya itu.

Perkara itu diceritakan kepada guru mereka, Ustaz Al-Bahi Al Khuli, lalu beliau berkata :

“Kejernihan muka Abdul Wahab Al Batatuni adalah kejernihan muka para syuhada’. Setiap kali melihatnya saya merasa melihat darah kesyahidan memerah di wajahnya.”

Sesungguhnya demikianlah keadaannya di mana Abdul Wahab telah gugur sebagai syuhada’ dalam tugas kepahlawanan bersama dua orang sahabatnya. Mereka berjaya menghancurkan gudang bekalan senjata milik orang Yahudi setelah memasukinya dan menguasainya. Mereka menyalakan api pada peti-peti bahan api, lalu dalam sekelip mata gudang itu menjadi tumpukan kemusnahan dan bersamaan dengan itu pahlawan bertiga itu kembali ke hadrat Tuhannya.

Ini bukanlah hanya sikap Al-Batatuni sahaja. Berapa ramai pemuda yang lari dari keluarganya untuk masuk latihan ketenteraan dan betapa usaha ibubapa mereka untuk memujuk mereka supaya kembali, tetapi tidak berhasil. Akhirnya mereka menerima kenyataan ini dengan keyakinan bahawa iman telah merubah hati generasi ini.

Mereka tidak lagi takut mati, selama kematian itu dijalan Allah sehingga sebahagian mereka berkata :

“Wahai kaumku, biarkanlah aku, sesungguhnya syurga memanggilku. “

Berapa ramai di antara mereka yang menderita kesulitan berat, menumpang kereta api barang atau berjalan kaki di padang pasir Sinai menuju pos-pos saudara-saudaranya yang sedang berperang.

Berapa ramai isteri yang menyerahkan perhiasannya kepada suaminya supaya dijual untuk memperlengkapkan persenjataan diri suami mereka.

Dengan demikian, ia ikut memberi sahamnya dua kali dalam berjihad iaitu dengan melepaskan barang yang paling berharga yang disukainya dan rela berpisah dengan orang yang paling dicintainya. – source

AH
29 Mac 2012,  5.13 pagi
Somewhere in France