Monthly Archive for April, 2010

Pening

Assalamualaikum,

Tatau nak cerita camne. Dan rasanya tak perlu cerita. Nanti-nanti tahu juga. Kan duat tu memang peka? HuHu…

Kata seseorang yang juga turut berada dalam fasa kritikal tapi masih nak pikul mas’uliyah lain…

“Kita tolong capaikan hasrat orang, nanti ALLAH akan tolong kita”

Ruh dan kemahuan kita adalah segalanya! Semoga ALLAH permudahkan.

Dan berjihadlah kamu pada jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar–benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali–kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…. – Al Hajj, ayat 78

AH
27 April 2010, 3.23 petang
Somewhere in France

300 Katibah : المؤتمر الخامس

Assalamualaikum,

Suatu masa nanti apabila jumlah kamu mencecah tiga ratus katibah di mana setiap katibah telah melengkapkan rohani mereka dengan iman dan akidah, mental mereka dengan ilmu dan pengetahuan, tubuh mereka dengan latihan dan riadah…

… pada ketika itu, jika kamu tuntut agar saya mengharungi gelora laut bersama kamu atau merempuh angkasa raya atau memerangi semua manusia yang engkar dan bermaharajalela, dengan izin ALLAH saya akan setuju. Benar sekali apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w :

“Dua belas ribu orang tidak akan ditewaskan kerana bilangan mereka yang sedikit”

Saya menjangkakan masa yang dinanti itu akan tiba tidak lama lagi setelah ALLAH memberikan taufik-Nya dan membekalkan bantuan-Nya serta keizinan-Nya.

Kamu boleh memendekkan tempoh ini jika kamu kerahkan segala tumpuan kamu dan kamu gandakan usaha kamu. Jika kamu cuai maka andaian ini akan berubah dan hasilnya akan berbeza.

Oleh itu, tanamkan dalam diri kamu rasa tanggungjawab ini. Bentuklah katibah dan kumpulan, tumpukan pada pengajian, percepatkan latihan dan sebarkan dakwah kamu ke kawasan yang masih belum menerimanya.

Jangan kamu sia-siakan walaupun seminit tanpa sebarang usaha. – HAB

AH
22 April 2010, 1.35 pagi
Somewhere in France

Pertanyaan Dari Pembaca X

Assalamualaikum,

Makin menarik blog ni. Mungkin nanti kena create ruangan “Surat Dari Pembaca”. LoL.

Copy paste dari Inbox FB (nama asal ditukar kepada => Pembaca X) :

assalamualaikum,,hmmm

lama jugak sy nak berfikir sblum anta msg ni..sy xtau nak tulis cmne..takut idea x sampai……..

ok…straight to the point..

sy dh ikut blog kamu sejak beberapa waktu dulu..till now..blh dikatakan penulisan kamu menjadi antara bahan yg saya suka utk baca..lebih2 lagi apabila kamu begitu kerap memberi ’semangat’ terhadap penulisan kamu mengenai dakwah….
kadangkala, pabila sy mula letih ketika dibebani dgn kerja dan tugas, tidak kira akademik@ kerja2 di luar akademik, dtg artikel2 kamu yg menarik…..alhamdulillah, tika di saat ini ramai yg memikirkan begitu kurang insan yg memperjuangkn islam, sy rasa seronok melihat ada sahabat2 yg masih teguh meneruskan perjuangan,..tidak kira di msia@luar negara….
semoga kita semua akan istiqamah….

tapi, ada 1 perkara yg sy mmg x faham…sy slalu cuba nak comment kat blog kamu, tapi x dpt..nanti die akan klua kosong…geram kadang2…smpi 1 masa, sy blur..tambah2 sy mmg x pandai sgt tenet2 ni….padahal saya rasa mmg tengah nak komen sgt masa tu..ke memang setting die camtu?? memang sy blur..hmmm..

secara jujurnya,, sy rasa nk lebih kenal kamu…wpun kamu tulis kamu skema, kelihatan ganas, dan byk lagi (baru baca kat caption fb),,sy nak kenal kamu..anggap niat utk berkenalan kita kerana Allah. Dia Maha Mengetahui. setelah saya lama memikir, doa…ini bagi sy jalan terbaik..tapi sy mahu taaruf dulu..

semua bergantung pada kamu..

p/s: dekat 20 min nak taip message ni.. (jgn gelak ye)… lg 1, jgn lupa tlg gtau saya cara nak bagi comment kat blog kamu, sbb saya memang suka men’comment’ kt blog orang

 

salam perkenalan,
Pembaca X

-suka berkongsi ilmu dgn orang yg suka ilmu-

Ok ini jawapannya…

Cara Nak Komen Kat Blog Ni

1. Klik tajuk artikel.
2. Isi ruangan Comment, Name dan Mail.
3. Taip balik perkataan yang tertera pada Captcha.
4. Klik Submit.
5. Siap!

Hal Taaruf

Kalau nak taaruf, sila rujuk pada mas’ulah Pembaca X (kalau takde lagi, sila cari sorang). Kalau nak taaruf secara direct dengan saya, tak boleh kot. Memang takde faedah dan mencari nahas! HaHa.

Semoga ada ibrah untuk kita semua.

“…. Apabila kamu meminta sesuatu kepada mereka, maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka….” – Al Ahzab, ayat 53

AH
19 April 2010, 11.53 pagi
Somewhere in France