Monthly Archive for January, 2010

Sunduquna Juyubuna

Assalamualaikum,

Aku membaca petikan-petikan ini dengan penuh izzah…

Ramai yang bertanya..

“Bagaimana kamu mampu menampung segala perbelanjaan seruan ini kerana ia membabitkan peruntukan yang besar. Perbelanjaan seperti ini tidak mampu ditanggung oleh pertubuhan yang kaya apatah lagi oleh yang miskin?”

Ketahuilah dan beritahulah kepada semua bahawa ikhwah dan akhawat tidak pernah merasa kedekut untuk menyumbangkan makanan anak-anak mereka, keringat mereka atau barangan keperluan mereka apatah lagi barangan mewah dan perbelanjaan tambahan mereka.

Pada hari mereka mula memikul tanggungjawab ini dan memahami bahawa dakwah ini lebih mahal daripada darah dan harta, maka mereka menyerahkan segala-galanya untuk ALLAH.

Bukan sekadar retorik dan propaganda, bahkan telah berulang-ulang kali aku melihat perkara ini terjadi di depan mataku.

“Camne nih, kita tak ada duit sangat nih”, kataku pada suatu hari.

“Hmm takpelah. Pakai je duit ana 400€”, balasnya.

Jika satu hari kita ditanya, dari mana datangnya sumber perbelanjaan kita. Jawablah dengan ringkas…

“Duit kita berada di poket-poket ikhwah….”

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. – At Taubah, ayat 111

AH
30 Januari 2010,  3.15 pagi
Nice, France

Takwin Centric

Assalamualaikum,

Kita adalah golongan yang bekerja. Bukan hanya sekadar mentabligh, tetapi mentaghyir. Taghyir tidak akan berlaku tanpa kita sendiri mempunyai mindset “takwin centric”.

Kerana taghyir hanya dapat dilakukan oleh manusia-manusia hebat yang mendukung fikrah. Iaitu mereka yang mengikut manhaj yang berkesan dan selaras, serta sentiasa bersiap sedia untuk menyusun dan disusun.

Sehingga setiap dari kita akhirnya menjadi tentera fikrah dan aqidah.

Taghyir tidak mampu dilakukan oleh mereka yang berada di luar gelanggang, sekadar menonton dan bertepuk sorak memberi semangat.


Takwin Centric – tujuan, manhaj, qiyadah, junud, disusun, menyusun

Hadaf UTAMA takrif ialah takwin.

Rasulullah sendiri ditakwin dan mentakwin. Salah satu produk takwin Rasulullah ialah Bilal itu sendiri. Lihat bagaimana Rasulullah mentakwin Bilal dari seorang hamba sehingga menjadi manusia hebat dan mampu memikul jawatan gabenor kerajaan islam pada waktu itu.

Ada antara kita yang hanya bekerja dengan mindset “dakwah centric”. Lalu wujudlah golongan yang kecundang selepas mendirikan rumah tangga kerana menganggap mendidik anak, isteri dan ahli keluarga sahaja sudah dikira memenuhi tuntutan KITA.

Begitu juga dengan ikhwah dan akhawat yang masuk ke alam pekerjaan dan menganggap infaq bulanan sudah memenuhi keperluan KITA. Terus meninggalkan kerja-kerja mentakwin.

Dakwah centric tidak mencukupi kerana ia nya masih kabur. Kita perlukan kita yang takwin centric!

UA tidak akan tercapai jika kita masih sekadar menjadi penghibur kepada masyarakat. Memberi apa yang mereka mahukan dan menghiburkan mereka dengan apa yang mereka ingin dengari. UA hanya akan tercapai melalui proses takwin – pembinaan bertahap.

Kita kekurangan tenaga taujih tarbawi yang mampu mentakwin dengan baik. Kita juga kekurangan ikhwah dan akhawat yang takwin centric!

Kita yang mampu mencetak tenaga-tenaga takwin yang baru.
Kita yang mampu menghasilkan modul-modul takwin.

Kita yang mampu menulis artikel-artikel takwin.
Kita yang mampu menghasilkan video-video takwin.
Kita yang mampu menghasilkan nasyid-nasyid takwin.

Kita yang memikirkan cara mentakwin dengan segala jenis uslub tajmik.
Kita yang memusatkan fikiran dan tenaga untuk amal-amal takwin yang muntij.
Kita yang mampu mentakwin masyarakat dan memasyarakatkan takwin.

Aku menganggap takwin sebagai proses men-seribu-kan diri. Maksudku, setiap produk yang ditakwin itu sama seperti seribu orang. Itulah yang diyakini Khalid Al-Walid ketika tenteranya hanya berjumlah 3000 orang dan beliau hanya meminta 500 orang sahaja askar tambahan dari Umar Al-Khatab untuk berhadapan dengan 100 000 tentera musuh.

Dan seorang mujaddid pula pernah begitu optimis dengan kualiti dan hasil-hasil yang bakal dijana oleh produk takwin dengan berkata…

“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.

Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..”

Pernahkah kita terfikir mengapa Rasulullah sanggup menghabiskan lebih dari separuh usia dakwahnya (13 tahun) di Mekah hanya dengan 313 orang semata-mata untuk proses takwin yang intensif?

AH
27 Januari 2010, 1.56 pagi
Nice, France

Kualiti KITA

Assalamualaikum,

Awal bulan Januari 2009 yang lalu, seorang ikhwah berdiri di atas mimbar masjid…

“Boleh saya tahu ada berapa ramai lelaki di hadapan saya pada ketika ini?” katanya sambil tersenyum.

Maka ramailah jemaah lelaki yang menyahut sambil mengangkat tangan ke atas.

“Oh, saudara kita di Palestin sedang berperang dengan zionis. Setiap lelaki dari kita perlu infaqkan 50 euro seorang untuk dihantar ke Gaza. Sekarang boleh saya tahu, ada berapa lagi lelaki di hadapan saya sekarang?”katanya lagi.

Dipendekkan cerita…

Jemaah masjid berlumba-lumba menderma. Lalu ikhwah tersebut berjumpa ikhwah-ikhwah lain dan menetapkan setiap dari mereka mesti mengutip beberapa ribu euro setiap seorang dan pulang setelah wang tersebut sudah berada di tangan pada hari itu juga.

Dan pada malam itu sahaja mereka mampu mengumpulkan belasan ribu euro. Huh…

Itu kisah di France. Zindani pula melakukan sesuatu yang lebih dahsyat lagi…

Inilah kualiti produk-produk tarbiyah. Bagaimana pula dengan kita?

AH
25 Januari 2010, 12.24 pagi
Nice, France

Medan Kita

Assalamualaikum,

Jangan ingat kita sudah berada di landasan yang betul apabila kita sudah ditarbiyah. Pakcik Hasan pernah berkata :

“Saya mahu berterus terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung. Medan cakap tidak sama dengan medan khayal. Medan amal pula bukan medan cakap. Medan jihad tidak sama pula dengan medan amal. Medan jihad yang betul tidak sama pula dengan medan jihad yang silap.
Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.
Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad. Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin juga akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.
Oleh itu, siapkanlah dirimu, bawalah ia dengan tarbiyyah yang betul, ujian yang ketat dan ujilah diri dengan amal, kerja-kerja yang berat, tidak disukai dan sukar. Kekanglah ia dari segala nafsu, adat dan kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”

Di medan mana kita berada?

AH
9 Januari  2010,  9.23 pagi
Nice, France