Monthly Archive for June, 2009

Merendahlah…

Assalamualaikum,

Kematian hati… banyak orang tertawa sedang maut mengintainya.

Banyak orang cepat datang ke saf solat, tetapi ternyata cepat pula dia pergi.

Dingin… tanpa penghayatan.

Banyak orang sedikit beramal, tapi disebut-sebutnya banyak sekali.

Merendahlah…

Engkaukan seperti bintang-bintang, berkilau dipandang orang di atas riak air. Dan sang bintang pun jauh tinggi.

Janganlah seperti asap yang mengangkat diri tinggi di langit, padahal dirinya rendah, hina. – Rahmat Abdullah

AH
30 Jun 2009, 4.11 petang
Nice, France

Kualiti Para Penggerak

Assalamualaikum,

Penggerak yang menggerakkan seruan akan terus lahir. Jumlahnya tidak ramai. Yang ramai hanya pendukung dan penyokong yang digerakkan.

Kekuatan penggerak tidak bergantung pada kuantitinya. Tetapi pada kualitinya.

1. Kualiti amalannya.

2. Kualiti pergerakannya.

Kualiti inilah yang akan ‘meramaikan’ jumlah penggerak itu. Andai seorang penggerak meningkatkan kualitinya, ia ibarat seperti 10 orang pada awalnya. Seterusnya, akan menjadi seperti 100 orang, 1000 orang dan semakin besar jumlahnya.

“Impikanlah! Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi pemuda seperti Abu Ubaidah Al-JarrahMuaz bin Jabaldan Salim! Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah ALLAH”

Begitulah kata Saidina Umar apabila ditanya tentang apa yang beliau hajati di dunia ini. Penggerak yang berkapasati seperti 1000 orang.

Aku telah menyaksikan seorang penggerak yang berjaya mengatasi kekuatan 10 orang. Sangat mengagumkan!

Andai kita mengeluh akan kekurangan penggerak, tingkatkanlah kualiti diri kita. Tingkatkan amalan dan kualiti pergerakan kita.

Kelak akan lahir jumlah penggerak “realiti” dan penggerak “virtual”. Virtual dari segi jumlahnya, realiti dari segi pergerakannya.

AH
25 Jun 2009, 1.22 tengahari
Nice, France

Permulaan

Permulaan,
Tersedar dari lamunan,
Islam sebelumnya hanya nama-namaan,
Bukannya lahir dari perbuatan.

Perubahan,
Pendirian dan pegangan,
Niat dan keikhlasan,
Amal dan perbuatan,
Jahiliyyah cuba disingkirkan,
Tekad Islam sebagai panduan,
Menjadi rijal pendukung perubahan.

Perikemanusian,
Doa dan amalan yang berterusan,
Keringat terus gerak menggerakkan,
Diri sebagai asbab kesedaran,
Sahabat dan teman mangsa keadaan,
Kembalikan mereka kepada permulaan.

Pilu,
Melihat pengorbanan teman-teman,
Diri mereka seakan-akan dilupakan,
Segalanya ikhlas tanpa permintaan,
Ubati penyakit mangsa keadaan,
Kasih sayang & perhatian terus-menerus dicurahkan.

Rindu,
Rindu pada kemenangan,
Nikmat pada melihat perubahan,
Islam gemilang dan dimartabatkan.
Bukan lagi caci-cacian,
Adakah sempat kita saksikan?

AH
13 Jun 2009, 10.46 pagi
Nice, France

Mutabaah Amal : Keperluan Atau Beban?

Assalamualaikum,

Seruan menuntut kita beramal sebagai syarat memperoleh kejayaan. Adakalanya amalan yang dituntut itu membuatkan kita rasa terbeban dan tidak mampu untuk melakukannya.

Lantas, alasan-alasan dikeluarkan bagi meringankan tuntutan beramal. Semuanya ingin diringan dan dimudahkan supaya mengikut keselesaan hidup sedia ada.

Mengapa?

Masih belum merasa ia sebagai keperluan. Merasakan ia adalah beban. Tidak merasa keperluan umat yang sangat mendesak untuk setiap individu itu berubah.

Keperluan kepada ketenangan di dunia itu masih pada movie, bukannya pada zikir. Keperluan kepada kepada kepuasan hidup masih pada kebendaan, bukannya pada kebaikan.

Semuanya dirasakan sebagai beban akibat tidak faham dan menjiwai keperluan sebenar.

Selepas peperangan di Gaza pada akhir Disember 2008 yang lalu, seseorang telah bertanya pada Penasihat Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya :

Bagaimana para ibu di Palestin mendidik anak-anak mereka menjadi kader dakwah di Gaza?

Lantas, jawab penasihat itu :

Kita mempunyai program di pelbagai sekolah. Pada musim sejuk, kami menghafal kitabullah selamadua bulan dan melakukan peperiksaan.

Tidak diizinkan sesiapa jua menyertai program ini kecuali mereka yang mempunyai akhlak yang baik dan terpilih.

Mereka menghafal Quran dari pagi hingga ke malam hari. Mereka tidak berhubungan dengan kehidupan lain.

Dan ada juga yang tidak pulang ke rumah sampai satu minggu. Kita menyediakan makanan untuk mereka. Setelah mereka berhasil menghafal Al-Quran, kami berikan mereka penghargaan.

Jika ada 5000 orang menghafal Quran dalam dua bulan di dalam program ini, masih ada warga lain yang menghafal Al-Quran di luar sana. Jumlah 5000 itu adalah yang hafal seluruh Al Quran.

Yang lain, ada yang menghafal separuh atau dua pertiga Quran. Dan insyaAllah, jumlah penghafal Al Quran menjadi 10000 orang .

Warga Gaza sangat bersemangat mengikuti program ini. Mereka bersedih bila anak-anak mereka tidak dapat menyertainya. Kerana itu mereka mendorong anak-anak mereka untuk menghafal Quran.

Hal itu berlangsung walaupun dalam blockade, seperti tak ada suasana yang mengganggu mereka. Mereka tak terpengaruh diblockade bahkan dalam situasi perang sekalipun. Proses penghafalan Al Quran terus berlanjutan!

Misalnya, di akhir bulan lalu, sejumlah pemuda melakukan penghafalan Al Quran. Malah, semua karyawan media turut sama dalam aktiviti penghafalan. Meskipun mereka menderita, tetapi mereka tidak terpengaruh dengan keadaan di Gaza.

Siapapun yang berkunjung ke Gaza akan melihat ada suasana masyarakat yang tak ada di tempat lain.

Inilah rahsia kemenangan mereka dan kemenangan orang terdahulu sebelum ini. Merasakan keperluan kepada kemenangan itu adalah kepada beramal.

Merasakan amalan itu adalah keperluan, bukannya beban!

AH
9 Jun 2009, 8.00 malam
Nice, France