Dokumentari Tentang Brigade Al-Qassam

Assalamualaikum,

Telah lama ku impikan ada team penterjemah yang akan menterjemah ke dalam bahasa melayu video dokumentari tentang gerakan HAMAS dan sayap tenteranya iaitu Brigade Al-Qassam.

Di kalangan pembaca, ada yang ingin menterjemah video ini?

Video ini sangat boleh mendekatkan lagi kesedaran rakyat Malaysia dengan masalah Palestin yang diperjuangkan oleh gerakan islam di Palestin khususnya.

Jika ada yang berminat, hubungi saya dengan tinggalkan komen pada post ini.
Saya mempunyai kemampuan untuk viralkan video ini di internet.

AH
10 September 2014, 10.23 malam
Somewhere in France

Cerita Ceriti Tarbiyah Ramadhan

Assalamualaikum,

Ramadhan tahun ini telah berlalu. Alhamdulillah ia yang terbaik berbanding sebelum ini dalam hidupku. Kali ini aku belajar konsisten dalam beramal. Meskipun sedikit.

Ada beza antara orang yang konsisten tilawah Al-Quran satu juzuk sehari…
jika dibandingkan dengan orang yang tilawah Al-Quran secara tidak konsisten…

Tapi kedua-duanya khatam juga pada akhir Ramadan
Cuma orang yang tidak konsisten merasa penat dan lelah untuk mujahadah memecut pada masa tertentu
Orang yang konsisten terasa mudah kerana telah mendapat momentum

Mana yang akan istiqamah?
Tentu yang konsisten
Berbanding yang naik turun amalnya

Ada lagi satu pelajaran yang ku kutip tahun ini…
Iaitu mereka yang berjaya ialah mereka yang sentiasa jelas dengan objektif yang hendak dicapainya, sentiasa memperbaiki diri dan persekitarannya, serta sentiasa bekerja hari demi hari tanpa putus asa.

Bentuk mudahnya…

1) Hadaf
2) Takwin
3) Amal yang berterusan

Semoga ada tiga ciri-ciri ini dalam diri kita.

Dan ingat…!
Di dalam diri kita, sentiasa tanam sikap sabar dan saling menjaga ukhuwwah.

Dan ingat…!
Sehebat mana pun kita…
Jadilah jundi dan qoid yang baik
Kedua-duanya!
Boleh disusun dan menyusun
Sentiasa menjaga prinsip amal jamaie
Sentiasa menjaga akhlak

Ikhwah akhawat di Mesir telah dan sedang membuktikannya.

AH
8 Ogos 2013, 3.27 pagi
Somewhere in Malaysia

Buat Saudaraku Yang Telah Lama

Assalamualaikum,

Ku tulis puisi ini sewaktu bermusafir keseorangan untuk mengisi daurah.
Ku bacakan puisi ini di suatu muktamar tahunan segerombolan penggerak.

Salah satu janjiku pada seorang syeikh.
Sebagai balasan kepada nyanyian nasyidnya di suatu majlis.
Nasyid perjuangan, rindu dan kesabaran.

================================

Buat saudaraku yang telah lama

Ku bawakan puisi ringkas ini
Untuk saling mengingatkan diri ku dan dirimu
Sebagai tanda cinta diriku pada mu

Wahai saudaraku yang telah lama

Sungguh…aku sangat mencintamu
Kerana dirimu… batu bata dakwah ini
Kerana dirimu terletak harapan umat ini
Kerana dirimu penguat diriku ini
Kerana sebenarnya tiada ‘aku’ dan ‘kamu’
Kerana sebenarnya kita ibarat satu
Kerana kita…. penyelamat umat ini

Buat saudaraku yang telah lama
Hakikatnya kita sedang bertatih dan belajar
Apabila melangkah, pasti akan berlaku khilaf
Lapangkan dadamu, kuatkan husnuzhon mu
Buangkan egomu dan belajarlah dari kesilapan
Akuilah kesalahan dan perbaikilah
Peliharah ukhuwwah sesama kita
Kerana ia adalah salah satu tiang asas kemenangan islam

Buat saudaraku yang telah lama
Agenda mu agenda islam
Tegakkan islam di dalam dirimu
Pasti tertegak islam di sekelilingmu
Dekatkan dirimu pada rabb mu
Di mana posisi, beramallah
Di mana kedudukan, tegarlah
Di waktu malam, bangkitlah
Bekal kita, solat malam dan al-quran

Buat saudaraku yang telah lama
Masih ingatkah dikau di awal hidayahmu?
Melompat bersemangat penuh izzah
Bergerak kencang seperti pemuda penuh hamasah

Buat saudaraku yang telah lama
Aku menulis semua ini dengan penuh rasa berat
Kerana peringatan ini lebih dekat padaku berbanding dirimu
Tetapi ku gagahkan jua
Untuk kita renung kembali titik asal kita
Untuk muhasabah kembali hamasah kita
Agar kita kembali ke asolah kita
Agar terus kencang langkah-langkah kita

Ya ALLAH eratkanlah ukhuwwah ini
Ya ALLAH menangkan islam dengan tangan-tangan kami
Ya ALLAH kurniakan kami syahid di jalan dakwah ini

AH
21 Julai 2013, 1.46 petang
Somewhere in France

Qaedah Sulbah Ekonomi

Assalamualaikum,

Aku terbaca statistik ini di suatu blog :

1) <5% dari orang melayu islam berniaga

2) Dalam 5% itu, 80% adalah peniaga pasar malam, peruncit, pengusaha restoran, peniaga gerai, peniaga buah dan lain-lain seumpama dengannya.

3) Melayu islam hanya terlibat sebanyak <15% dalam IKS.

Bukan sesuatu yang baru bagiku. Aku juga merasakan ini juga bukan sesuatu yang baru bagi kita semua, orang islam di Malaysia yang berstatus melayu bumiputera.

Semua orang telah mengetahuinya. Ada juga yang telah mengambil langkah untuk mengatasi kekurangan ini.

MARA
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Skim pinjaman
Pelbagai kemudahan khusus
Seminar- seminar percuma
Seminar berbayar
Sistem mentor-mentee
Dan macam-macam lagi…

Tapi mengapa angka ini tidak jauh berganjak ke hadapan?
Mengapa saban masa, kita mengulangi statistik dan komplen yang sama?

Ikhwah akhawat seharusnya mengambil peluang ini.
Fiqh dakwah yang sama kita gunapakai di medan yang baru.

Seperti mana kita mampu mentarbiyah manusia yang sarat dengan jahiliyah, sehingga melahirkan manusia yang gilakan dakwah… begitulah juga kita juga mampu mentarbiyah manusia yang hidup menjadi hamba tauke-tauke besar sehingga mampu menjadi penentu UTAMA ekonomi Malaysia dan dunia satu hari nanti.

Cabaran tetap ada.
Lagi-lagi perkara baru yang kelihatan masih samar-samar pada pandangan KITA.

Orang yang hebat dalam dakwahnya dan hebat juga dalam bisnesnya.
Masanya fleksibel.
Infaqnya bila-bila masa apabila dakwah memerlukan.
Dia yang membentuk suasana ekonomi baru ke arah islam.
Dakwah ini mandiri dan bergerak secara profesional tanpa bantuan luar.

Fathullah Gulen telah mengasaskannya di Turki.
Aku memilih untuk melalui jalan ini walaupun penuh dengan rintangan.

Siapakah yang ingin bersama-sama melakukan “bidaah” ini di saat semua orang mengikut mainstream sedia ada – bekerja makan gaji dan masanya disusun habis-habisan oleh majikannya?

Siapakah yang ingin menjadi as sabiqun al awwalun dalam perkara ini? …menjadikan perkara ini mainstream pada suatu masa nanti.

QS ekonomi… satu impian yang pasti!

AH
19  Julai 2013, 6.24 petang
Somewhere in France

Penggulingan Mursi dan Peranan KITA

Assalamualaikum,

Mursi digulingkan oleh tentera?
Ayat-ayat pasrah dan sedih di merata
Tak kurang juga yang mencaci cerca

Innalillah hi wainna ilaihorojiun
Sebutan kita ketika musibah menimpa
La khouf wa la tahzan…innallah hama’ana
Kata nabi di dalam ‘gua’

Peristiwa ini menjadi pengajaran
Jalan ini penuh rintangan
Siapa yang menyusuri pasti dihalang
Peluh dan darah sebagai taruhan

Perasaanku?
Sedih dan hiba!
Tapi takkan ku pasrah dengan ini semua
Semangatku bertambah untuk terus bekerja
Azamku bertambah…
Hidup dan matiku pada yang Esa

Media dan harta mereka kuasai
Habis semua dimanipulasi
Dah takde modal nak pakai sebagai hujah
Tutup saja kebenaran dan sebarkan kepalsuan

Ayuh qiam di malam hari
Mohon pertolongan ALLAH dlm usaha ini!
Kita banyakkan doa di waktu mustajab
Kemenangan ini kemenangan rabbani

kesedihan kita sudah lama
Sekarang masa untuk bekerja
Buang jauh-jauh sifat pasrah dan rendah diri tidak bertempat

Umat islam umat yang kuat!
Hari ini kita usahakan
Bina kekuatan tempuh perjuangan

Dakwah ini menang dengan pengorbanan
Bukan dengan hidup selesa dan makanan
Moga ALLAH pilih kita jadi pahlawan
Tentera-tentera ALLAH tetap hidup sepanjang zaman

AH
5 Julai 2013, 1.45
Somewhere in France

Sebaik-baik Perkataan

Assalamualaikum,

Ucapkanlah perkataan yang lebih baik.
Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka.

Aku yang masih mencuba…

“Syaitan menggunakan pertuturan dan lafaz kamu untuk menimbulkan perselisihan”

AH
14 Mei 2013, 2.09 petang
Somewhere in France

Kalau Kita Betul-Betul Nak….

Assalamualaikum,

Kalau betul-betul NAK…

Pasti seribu daya…

Mungkin tak berdaya..
Sebab memang tak nak
Atau tak betul-betul nak..

AH
21 April 2013, 1.30 petang
Somewhere in France

Puisiku Untuk Duat Kehidupan Herba

Assalamualaikum,

Sibuk besarkan, kempiskan badan?
Fikiran anda berlegar-legar di situ sehingga terlupa awlawiyat?
Duit anda habis ke situ mengatasi komitmen infaq anda?

Qowiyyul jismi bukan pada paras rupa.
Tapi pada amal yang terhasil dari jasadmu.

Sibuk dengan jasad?
Adakah anda sesibuk itu untuk ruh mu?

Berapa komitmen infaq bulanan untuk ruh mu?
Berapa kali anda ‘timbang’ berat imanmu?
Berapa banyak kali anda fikirkan masalah ruhmu?

Atau masih sibuk dengan makanan?
Masih sibuk dengan berat?
Masih sibuk dengan muscle sana sini?

Kelak di hadapan ALLAH..bagaimana?

Mau katakan…ya ALLAH, berat ku sangat ideal, masukkan ku ke syurga!
Mau katakan…ya ALLAH, ototku ideal, masukkan ku ke syurga!
Mau katakan…ya ALLAH, infaq ku cukup banyak pada kampeni itu, inilah pengorbananku untuk umat!

Mungkin direct dan pedas.
Untuk peringatan semua…
Yang kadang tertipu..
Mana satu ALAT, mana satu MATLAMAT

Asalnya nak jadi ALAT
Tapi ALAT bertukar jadi MATLAMAT

Buktinya pada amalmu..
Pada komitmen ‘infaq’ mu pada kampeni itu.
Pada fikiranmu yang berpusing-pusing ke arah itu
Pada perbualanmu yang acap kali berpusing-pusing di situ

Sedangkan ruh dan amal dakwi mu..
Sudah tidak lagi menjadi priority
Dalam fikir, cakap dan perbuatan seharian mu.

AH
17 April 2013, 11.38 malam
Somewhere in France

Teruslah Bekerja… Bukan Berputus Asa!

Assalamualaikum,

Aku suka bermimpi dan mencita-citakan sesuatu yang terbaik, sukar dan kelihatan jauh untuk dicapai. Adakalanya di pertengahan jalan, cabaran dan perasaan lemah semangat menyapa diriku.

Antara rutin yang selalu ku amalkan ialah melihat nasib saudara-saudaraku di tempat lain. Keluar dari kepompong dunia fikiran ku ini.

Ia memberi tazkirah kepadaku…
Apalah sangat cabaran yang kita hadapi dibandingkan mereka.
Mereka lebih berat menghadapinya… tapi hamasah dan optimis menggunung tinggi.

Itulah pentingnya jaulah..
Selain ukhuwwah, fikiranmu akan terasa lebih luas

Di saat itu baru kau akan terfikir…
Masalah mu itu bukanlah masalah

Tetapi adalah putus asa atau lemah semangat yang terjadi akibat cara fikirmu… akibat selalu duduk di bawah tempurung fikiranmu.

Betulkan cara kita berfikir..
Target yang tinggi-tinggi…
Optimis akan kemenangan

Langkahmu pasti tidak akan longlai…

AH
11 April 2013, 4.08 pagi
Somewhere in France

Abu Ubaidah Di Abad Ini

Assalamualaikum,

Siapa yang mengikuti episod jihad di Gaza, pasti mengenali watak Abu Ubaidah selaku jurucakap Al-Qassam.

Aku berhasrat mengetengahkan para mujahid ini agar ruh dan semangat mereka meresap masuk ke jiwa-jiwa semua umat islam.

Supaya bila buat kerja, penuh semangat dan kesungguhan.
Bila set target, set yang tinggi-tinggi untuk dicapai.
Bila datang ke program tarbiyah, datang dalam penuh sedia dan segar.
Bila turun ke medan dakwah, menggempur laju tanpa ragu dan menoleh ke belakang.

Idakler asyik terbaring je..lepastu tidur time pengisian.
Baru dengar pengisian dah tak larat. Nak menang guane isley kite…

يا ملثم يا ابو الكوفية
.. يا رعب اليهود

يا ابو عبيدة الهمة قوية
تصريحك بارود

بالعز تزف العملية
يا نصر بلادي الموعود

نادي بوجه الصهيونية
جيش محمد بدأ يعو

Wahai yang berselubung dan yang bertutup muka
Wahai yang telah menggerunkan Yahudi

Wahai Abu Ubaidah yang cekal kuat
Kenyataanmu memberi letupan yang kuat

Dengan izzah bersatu bersama amalan
Kemenangan negaraku ini telah dijanjikan

Teriakan yang kedengaran di hadapan Yahudi ialah
“Tentera Muhammad sudah datang!”

AH
6 Februari 2013, 1.05 petang
Somewhere in France